whiCh One CiNtA?
"memiliki cinta sebenar adalah bahagia"
“Mas…kau ni nak pergi
mana malam-malam ni..” Linda mencebikkan bibirnya sambil memandang Mas yang sedang
memerahkan bibir dengan gincu.
“Ala..kau ni macam tak kenal aku je..aku ada date la malam
ni..dengan anak dato taw”
Mas mengenakan sepatu tinggi dengan baju kemeja pendek serta
skirt pendek yang menampakkan betis gebu yang putih itu.
“Aku ni kawan kau.sampai bila kau nak jadi macam ni.Setiap
hari pasangan kau bertukar-tukar.Hari ni anak datuk ,esok anak tan sri..bila kau
nak dapat anak bilal ke,anak ustaz ke..”
Linda sengaja menyakat sahabatnya itu.
“Haha..mengarut.sebelum tu aku nak ingatkan kau. malam-malam
makan cekodok ..jangan lupa esok..”Mas keluar setelah hon kereta di hadapan rumah di bunyikan
oleh lelaki yang agak kacak dan berkereta bmw.Linda pula berkerutkan dahinya
cuba mengingati apa yang dikatakan oleh Mas.Oh lupa..teman dia pergi shopping
la.
Kelihatan lampu kereta di pancarkan dimuka pintu manakala
linda cepat-cepat menutup matanya.
“eh mirsha.Lambat kau balik.Kau pun sama dengan Mas ye.date
gan anak datuk la tu” Linda menjeling sambil tersenyum sinis pada seorang lagi
sahabatnya.
“yela..kau ada?..kau xde kan...So xpayah bising-bising.Aku
lapar ni.kau ada masak x?.”Linda tergelak terbahak-bahak.Keluar date tapi balik
kelaparan.
“Tu jantan tak guna.Kata anak datuk konon.Tapi duit tertinggal
kat umah . Nampak sangat penipu.Xkan xde kad kredit..katanya dia dan family
xamalkan kad kredit..menyampah aku..aku suruh tekan duit kat bank.katanya papa dia tak masukkan duit lagi.Huh
geram.buang masa je aku keluar ngan dia..” Mirsha membuka tudung
salji dan cepat-cepat melangkah ke dapur mengambil pinggan.Terselah sangat bahawa
wanita itu betol-betol sedang kelaparan.
Sementara di restoran, kelihatan ada pasangan yang sedang bermadu kasih.
“you nak taw x.Bila I tengok muka you..tenang saja.Bagai
mahu jadikan you ni isteri i je..’Lelaki itu memegang tangan mas.Mas pula tersipu malu dan
bibirnya yang kemerahan menguntum senyuman manis.
“Are you really sayang.." Mas membuat jelingan manja dan melentukkan kepalanya di bahu
lelaki yang berbadan sasa dan berkulit putih.
“Amboi-amboi..sedapnya berasamara disini” Seorang wanita gemuk seperti raksasa
yang baru sahaja datang dari hutan tiba-tiba menyergah mereka.
‘’Eh baby..kenapa kat sini..’’Lelaki itu berwajah pucat macam tengah Nampak hantu je. Mas pula tidak mengerti apa yang sedang terjadi.
“Baby boy..balik sekarang!”Perempuan gemuk tu mencubit-cubit lengan lelaki itu.
“ei betina..ni laki aku.Untuk pengetahuan kau..dia ni dah
ada anak 4 orang taw..jangan kau cuba kacau laki aku lagi!’’Perempuan gemuk tu memukul lakinya dengan rotan yang di bawa
dari tadi.Mas pula tergamam dan dia terus mengambil air siram ke wajah lelaki
penipu itu.
“You penipu!..dan kau pula si gemok.Kuruskan badan kau kalau
xnak laki kau cari lain.”
Mas beredar dari situ dengan berwajah masam macam cuka.
Sampai sahaja melangkah ke dalam rumah mulutnya tidak henti
membebel-bebel.Ceritanya pada Linda dan Mirsa menjadi bahan gelak.Mas
cepat-cepat masuk kebilik sebelum kemarahannya lagi membara dengan gelak
tawa dua orang kawannya itu.
“Mana taknya..pergi naik BMW.Alih-alih balik naik teksi.Hahaha”
Mirsha gelak bagai nak pecah perut.
‘’Hey..perempuan.Kau pun sama.Pergi perut taw pula
xberkeroncong..balik-balik kelaparan.Date xmakan apa-apa.hahah”
Linda pula yang gelak terbahak-bahak manakala Mirsha
mencebikkan bibirnya yang di anggap bibirnya itu Britney spears.Perasan bukan
main lagi wanita itu.
Keesokan harinya mereka bertiga pergi bershopping di mid
valley.Mewah-mewah baju yang mereka beli.Maklumlah dah cukup bulan dapat
gaji.Mana tidaknya.melabuhkan wang dengan membeli pakaian,makeup lah apa
lah.Cuma Linda sahaja tidak seperti mereka.Sejak kecil dia di besarkan dalam
keluarga yang kecil dan bila besar walaupun mereka berjawatan tinggi namun dia
sahaja yang pandai berjimat.Tidak macam dua sahabatnya.
“Linda,Mas..jom kita g makan.Kfc nak.Aku lapar ni..”Mirsha memegang perutnya.Perutnya sudah berbunyi.
“Kau ni.kang aku tangan-tangan budak ni..aku sibuk ni nak
cari gelang ni.Tadi kat umah kan linda dah buatkan kita nasi goring dol..”Mas mencubit perlahan tangan Mirsha yang berkulit hitam manis
itu.
“Tak cukup.Aku dah lapar.Kau xnak kau dok sini je.Biar aku
dengan Linda je yang pergi”Mirsha menarik tangan Linda.Mas pula masih membelek-belek
gelang emas disitu.
“Apa lah si perempuan tu.Aku ajak makan pun xnak.sekarang
dah pukul 1.30 dah ni.”
Mirsha membebel-bebel dan memperlahankan langkahnya apabila
bertentangan mata dengan dua orang lelaki yang sedang makan ayam ketuncky.
“Pergh….kau tengok tu zam.Awek…tu.Nampak betis,Nampak
dada,Nampak lengan..kau Nampak x apa yang aku Nampak “Haikal menyiku kawan sebelahnya.Namun kawannya tidak
pedulikan kata-kata Lelaki itu.
“Kau ni..makan lah.”Azam berkata perlahan.
“Xboleh makan.Klu aku makan ayam dramstik ni aku terbayang
dramstik awek tu.Aku geli.”
Haikal..mencebikkan bibirnya.Eleh geli katanya padahal mata
terbeliak memandang dramstik Mirsha yang hitam manis.
“Apa kau mengarut ni.makanlah.janganlah pandang..pandang
muka aku je.”Azam berkerutkan dahinya apabila sahabatnya mula berloyar
buruk.
“Aku bukan tergoda pun..aku Cuma pelik.Awek zaman sekarang
ramai yang pakai tudung tapi ada segelintir yang xtutup aurat ni yang buat aku
hilang sabar.Rasa nak tangan-tangan kan aja.”Haikal membuat gaya nak pukul tapi hanya lakonannya sahaja
di depan Azam.Mustahil dia akan berani memukul
anak dara orang.Adik sendiri pun kalau
dipukul kena marah ngan mak ayahnya.
“Tengok tu zam.dia angkat tangan ikat rambut Nampak
ketiak.uweek..xselera aku nak makan.kalau putih gebu…x..pe..”Kata-kata Haikal terberhenti tatkala seorang wanita yang lalu
di hadapanya berpakaian skirt pendek dan berbaju singlet.bertumit tinggi
menampakkan penampilan yang cukup bergaya.Rambut panjang ikal mayang dan kulit
putih gebu.
“Wow..”Itu yang terkeluar dari mulut Haikal.
“Astagfirullah al azim..”Azam pula hanya mampu
beristigfar banyak-banyak.Tidak mahu tergugat keimanan.Dosa lihat
lama-lama.Ternampak xmengapa.
“Azam..putih gebu bai.Tapi kau ingat aku tergoda ke ngan awek-awek
seksi ni.Not my test.”
Haikal bergaya berlagak.Tidak
mahu menunjukkan yang imannya juga tergugat.matanya tidak lepas pandang pada
gadis yang baru lalu itu.
“..eh mereka bertiga berkawanla.Tapi yang aku muskil sorang
lagi tu sopan sikit pakaiannya walaupun xtutup aurat rambut..yang celah bedah
lain dia tutup.”
Haikal pelik dengan seorang gadis lagi yang tidak seperti
dua gadis yang sangat seksi itu.
“Ada parutlah tu..tu tutup kot..”Haikal tergelak dengan kata-kata azam.Diam-diam berisi.boleh
tahan juga mulut kawannya itu.
“Eh perempuan..kau datang juga memijakkan kaki dalam kfc
ni.Apa kau sudah lapar ke.Tadi berlagak..”Mirsa berkata dengan-bibirnya muncung kedepan.
‘Yela..aku lapar juga ni.”Mas mengalihkan pandangannya terhadap dua orang lelaki yang
sedang makan.Hatinya mengimbas kembali wajah lelaki yang putih dan berbadan
kurus serta berlesung pipit itu adalah Khairul Azam.Sahabat karibnya di bangku
sekolah lagi.
“Azam?Azam ke tu erk?.’’Terkeluar nama itu dari mulut Mas.
“Apa kau ni azam..azam.Kau nak berazam apa pulak ni?" .Mirsha
menolak kawannya dan suruh Mirsha beratur order ayam sebelum ramai lagi yang
beratur.Mas pun bangun dari kerusi.
“Pelik betol mas ni..tengok menu ayam pun nak berazam
ke.Lainlah sambut tahun baru.Nak berazam jadi ustazah ke apa.Ni nak makan
ayam…”Mirsha membebel pada linda yang sedang mencelupkan
ayamnya pada sos.
“Kau tak penat ke dari tadi membebel..”Pergh makan dalam juga kata-kata linda.Mirsha hanya
mencebikkan bibirnya.Itulah yang mampu dilakukan tatkala dia tidak puas hati dengan seseorang.
“Tumpang Tanya..”Mas tidak beratur untuk membeli namun tujuannya bangun
menuju ke arah dua orang lelaki tadi.
“Assalamualaikum..”Sekali serentak mereka berdua memberi salam membuatkan wajah mas merah menahan malu.
“Waalaikumussalam..’’Mas melabuhkan punggungnya di kerusi kosong bersebelahan
azam.
“ei..xmalu ke duduk tanpa di pelawa cik adik” Haikal sengaja mengenakan Mas yang tidak tahu malu selamba
duduk di bangku kosong bersebelahan azam.
“oh..apa kisah.Saya nak berbicara dengan lelaki ini.Bukan
dengan kamu.jadinya..kamu jangan omong-omong.”Mas menahan geram dengan sikap seorang lelaki yang duduk di
hadapan Azam.Azam pula hanya diam tidak berkata apa-apa tetapi nampaknya dia
tidak selesa dengan kehadiran Mas disitu.
“Kau ni minah endon ke..patutlah..muka macam..”Haikal menaikkan dua-dua keningnya.
“Macam apa?’’Mas bertanyakan soalannya.
“Macam bibik je..”Haikal selamba berkata.Dia tidak berapa suka dengan sikap
gadis yang kurang sopan itu.Datang-datang nak cari pasal.
‘’Awak ni Khairul Azam bukan?.”Tersedak Azam apabila namanya disebut panjang oleh gadis
tersebut.
“Ya..saya.Macam mana awak leh kenal saya ni..” Azam melemparkan senyuman sambil dahinya berkerut.
‘’Saya Mas..”Mas menghulurkan tangannya.Namun Azam tidak menghulurkan
salamnya namun Haikal yang menyambut salam gadis itu dengan sedikit di hujung
jari mereka bersalaman.
“Azam dia xsalam dengan perempuan..hukumnya haram” Haikal membesarkan matanya tatkala menyebut HARAM di hadapan
gadis itu.
“Oh …saya mintak maaf.Saya Siti Rahemas la…Kat sekolah
menengah form 1-form 5 sama kelas lah dengan azam..”Mas cuba mengingati kembali fikiran azam terhadap dirinya
dan tindak balas azam membuatkan dia mengukirkan senyuman.
“Lah..awak Mas?.Kenapa lain sangat.Saya hampir tak kenal
tadi.Awak apa khabar?.”
Azam cukup ingat gadis tersebut.Gadis yang sangat popular di
sekolah menegah dato Ahmad Razali.Wanita itu menjadi tumpuan di mata-mata
lelaki di sekolah itu.Namun Azam dan Mas sekadar kawan rapat sahaja.kawan yang
Mas selalu menceritakan masalahnya pada lelaki itu.
“Kenapa dengan kau ni tergelak-gelak dari tadi kal?”Azam bertanyakan soalan itu pada sahabatnya yang tidak henti
gelak.
“Style dashyat..menjolok mata..Sampai kat nama..nama
hulu.Siti Rahemas..hahaha”
Mas betul-betul geram dengan lelaki itu dan menjelingkan
matanya sehingga Haikal terdiam seketika.
“Azam.awak bagi nombor.nanti ada reunion..kita contact..” Mas keluarkan telefon bimbitnya dan menekan nombor yang disebut oleh Azam.
“ok..saya pergi dulu.nnt kita boleh borak ye.”Mas bangun dari situ namun malangnya Haikal sudah menjulurkan kakinya keluar
untuk mengenakan mas.Mas jatuh terduduk, semua yang memandang mengelakkannya. Mukanya merah menahan malu dan mengetip
bibir yang kemerehan jambu itu.Dia cuba untuk memukul Haikal kali ke dua namun di tahan oleh linda.Pandangan linda terpaut
seketika terhadap mata Azam yang sedang berdiri memegang Haikal yang cuba membalas pukulan mas.
“Ei Lelaki..kau jangan nak kuang hajar erk..’’Mas mengeluarkan kata-kata
terhadap lelaki itu.
“Mas saya mintak maaf sangat-sangat atas kelakuan kawan saya
ni..”Suara Azam menenangkan Mas yang sedang dalam kemarahan.
“Xpelah azam..saya pergi dulu..” Mas dan linda cuba beredar dari situ manakala Mirsha pula
terkedek-kedek baru sampai dari toilet sibuk-sibuk bertanyakan apa yang terjadi
namun dijelaskan oleh Mas.Keadaan kembali tenang apabila mereka bertiga beredar
dari situ.
“Haikal..kau ni xmaluke..cari pasal ngan perempuan.dia dah
lah kawan aku…”
Azam memarahi Haikal yang bersikap kurang sopan terhadap
kawannya tadi.
“Ala..aku nak buat acah je..xtaw pula betol-betol dia
terlanggar kaki aku.Tulah tumit kasut tinggi sangat”Haikal cuba memberi penjelasan.Azam pula hanya mengelengkan
kepalanya yang sudah biasa dengan perangai kawannya.
Sebulan kemudian.
“Assalamualaikum..”
Mas memberi salam di dalam talian.
“Waalaikumussalam…”
Kedengaran suara itu di jawab dengan tenang.
“Hai azam.Ni Mas.buat apa tu?’’
Mas gembira mendengar suara lelaki itu.
“Eh xbuat apa-apa.apa tujuan telefon saya malam-malam ni?.’’
Azam bertanyakan soalan itu.
“Ada dapat panggilan tak dari Shah..pasal reunion..?’’
Mas bertanyakan soalan itu.
“Oh ada..oo awak yang bagi no saya kat shah ketua kelas kita tu.ari tu saya Tanya tapi
dia kol saya kejap je Cuma nak email je.pasal nak bagi jemputan reunion kat
email.dan saya dah bace dah tentang tu.”
Azam tergelak kecil.
“Ya.saya yang bagi sebab dia minta nombor budak-budak kelas
kita dulu.so saya ada beberapa nombor.saya bagilah.dia yang buat rancangan
union ni.’’
Mas menerang kan sedikit sebanyak tentang shah.
“Ya…kita reunion 3hari dalam hutan.berkempen.Wah ..seronok
tu..”
Azam juga seperti seronok dapat berita tentang reunion
berkempen dalam hutan di gunung jerai.
“saya happy sangat dapat jemputan tu .tidak sabar
rasanya.Bulan depan.Harap-harap saya dapat cuti”
Mas bersuara agak manja di talian.
“Ya..la.saya pun begitu juga..”
AZam juga seperti Mas berharap dapat cuti.
“Okayla..Zam .nanti apa-apa hal saya kol.Bye..nice talking
with you’”
Mas mematikan talian.
“Kau nak g kempen..reunion?.Azam ada?’’
Linda menujukan soalan itu selepas Mas mematikan talian.
“Ya..reunion.kan aku dah cerita kat kau pasal ni.Azam
mestilah ada.dia pun budak kelas dulu.Kau ni kenapa.Tiba-tiba macam pelik.”
Mas pelik dengan keadaan Linda yang bertanyakanlagi soalan yang telah di beritahu.
“Aku nak ikut..”
Linda tersenyum.
“Mana boleh kau kena ada outstation.Tarikh reunion kitorang tu..”
Mas cuba mengingatkan Linda tentang itu.
“oh..ye tak ye jugak....”
Linda teringatkan tarikh penting itu.Dia tidak boleh
melepaskan tanggungjawab kerana linda dikehendaki mengendalikan tugas itu.
“Aku boleh ikut x..”Mirsha mencelah.
“Kau..kau mestilah boleh.boleh ikut g pasar malam jer..”Mas
menjuihkan bibirnya.
‘’Oh kau berlagak.Kau ingat aku nak ikut sangatlah g reunion
dalam hutan tu dengan nyamuk,dengan gelap.Oh xnak aku.abis kulit aku nnt”Mirsha
membelai tangannya.
“Kulit kau jadi bertambah putih nnt..”Linda menyakat mirsha
yang menjaga kulitnya dengan teliti sekali.
“HAHA…padan muka kau,”
Mas menepuk-nepuk bantal dan membaringkan tubuhnya dia atas tilam.
“kau nak buat apa ni”Mirsha menepuk peha Mas yang terbaring
bebas.
“Tidur la xkan nak buat eksperiment kot. dah tu..korang
xreti-reti keluar ke dari bilik aku ni.Aku ngantuk nak tidur.”Mas melelapkan
matanya
“Poyo seh perempuan ni”.Mirsha membaling bantal ke wajah Mas
dan sebelum keluar sempat dia menarik
kaki mas lalu melarikan diri. Keadaan menjadi riuh tatkala Mas mengejar mereka
pada malam itu.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Mas dan Mirsha membawa
beg sebesar alam.Bagai mahu pindah rumah je.Mereka berkumpul disatu tempat
sebelum menaiki bas.Keadaan menjadi riuh rendah tatkala berjumpa rakan-rakan
yang sudah lama tidak bertemu.
Mirsha hanya terpinga-pinga tidak kenal seorang pun disana
rakan-rakan mas.Namun dia terpandang Azam yang menuju kearahnya.
“Assalamualaikum..”
Azam memberi salam dan menguntum senyuman.Mirsha tergoda
dengan senyuman itu.
“Waalaikumussalam..hai.”
Mirsha hanya mampu berkata begitu.
“Awak kawan Mas kan..?’’
Azam menujukan soalan itu.Membuatkan Mirsha malu sambil
tersipu sebab dia tetamu tak di udang.
“Sebenarnya saya xnak ikut.Si mas ni sibuk ajak teman..”
Mirsha menyalahkan Mas yang sibuk mengajaknya teman
sedangkan dia sendiri yang mahu ikut.
“Kenapa dia kencing malam ke..sebab tu ajak kau teman..”
Tiba-tiba Haikal menyampuk dan dia berlari cepat-cepat
menyorok di belakang bas kerana terlihat Mas yang berjalan menuju kearah mereka.Sempat
juga dia menunjukkan tangannya di bibir tanda berpesan kepada Azam dan Mirsha
supaya tidak memberitahu akan kehadiran dirinya.
“Hai azam..”Mas
menguntumkan senyuman .
“Hai mas..dah lama sampai..”Azam bertanyakan soalan itu.
“Sudah..azam sorang
jeke?’’Belum sempat Azam menjawab Mas sudah menyampuk balik.
“Baguslah tak bawak kawan Azam kat KFC yang xcukup sifat
tu…macam terencat akal”Kata-kata Mas membuatkan Haikal menonjolkan diri.
“Hey..perempuan.Mulut kau tu jangan nak cuba-cuba
memberanikan berkata demikian.Aku ni keturunan panglima.Kalau aku buka langkah
kau mesti tak cukup langkah nak lari..”Haikal membuat gaya bagai orang mahu
bersilat.
“Sudahlah korang ni..asyik bertengkar je.Jom kita bawa masuk
barang-barang dalam bas.Nanti kawan-kawan lain bising kita lambat.Jom-jom..”
Azam dan Haikal mengangkat beg mereka yang kecil sahaja jika
nak dibandingkan dengan dua gadis itu.
Didalam bas suasana meriah dengan perbualan sehingga lagu
diradio tidak kedengaran jelas.Mirsha pula cuba menutup telinga sambil
memandang diluar cermin.Tidak suka keadaan begitu.
Haikal membaling bantal angry birdnya ke wajah Mas.
‘’Oi..apahal kau baling bantal kat aku.”Tanya Mas.
“Kau tengok kawan kau tu..tutup-tutup telinga apa
hal..”Haikal tersenyum sinis.
“Dia yang tutup telinga aku pula yang kena ke?’’Mas
mengambil bantal angry bird yang
terjatuh setelah dibaling Haikal.
“kenapa ni..’’Mirsha bertanyakan soalan itu pada mas .
“Kau tutup telinga kenapa..dia baling bantal kat muka aku
pula..”Mas membetulkan bulu matanya .
“La..aku tutup sebab bising sangat.Ni sapa punya angry bird
ni?’’Mirsha memegang angry bird
tersebut.
“Eh tu aku punya bak balik.,.”
Mas merampas balik dari tangan mirsha dan memeluk kuat Angry
bird itu.
“Hahaha..muka ganas hati jambu la..”
Kata-kata Mirsha membuatkan semua yang berdekatan dengan
kerusi mereka ketawa.
“Tu adik aku punya.Apa kisah korang.Bak balik..”
Haikal cuba merampas dari mas tapi Azam menghalang.
“Sudah-sudah jangan bergaduh.Meh sini aku duduk kat sini.Kau
Haikal dok belah cermin.masuk sana.”
Azam memberi arahan pada Haikal.
“Kau tolong aku amik balik Angry bird tu..”
Haikal menyuruh Azam mengambil balik angry bird pada Mas
namun mas tetap berdegil memeluk angry bird.Mereka berdua tidak boleh berbuat
apa-apa.Tak akan nak berkasar dengan gadis itu.Haikal pun merelakan Angry
birdnya dipeluk gadis mas.
Dalam perjalanan tiba-tiba berbau busuk.Haikal cuba
menyembunyikan bau itu tetapi gagal kerana dia takut orang syak wasangka.
“Wey sapa kentut..busuknya..”
Shah memberi tahu semua orang tentang bau itu.
“Mas kentot..mas kentot”
Haikal menuduh mas.Mas pula terpinga-pinga sebab dia sedang
menggunakan earphone mendengar lagu sehingga tidak tahu apa yang berlaku
disekeliling.
“Aku kentut?..’’Soalan Mas tidak di endahkan.Dia dituduh
oleh Haikal.Haikal pula beria-ia menuduh Mas menyebabkan semua orang percaya
bahawa bau itu datang dari Mas.
Mas menahan malu apabila semua mata memandangnya dan menutup hidung.Dia sahaja
yang tidak tutup hidung sebab masa tu selsema hidungnya tersumbat.Mas menahan
malu atas tuduhan Haikal.Hatinya mendengus geram dengan lelaki itu.
Sampai sahaja di chalet mereka semua mengambil kunci bilik masing-masing.Bilik
Mas,Mirsha,Anita,Ju, dan Aleeya di bilik paling hujung sekali.Suasanannya agak
suram dan menakutkan di tambah lagi Aleeya mula membuka cerita seram sewaktu
perjalanan ke bilik.Puas Anita menyuruhnya berhenti bercerita tentang tempat
itu.Sampai sahaja ke bilik.Mereka semua membersihkan diri.Setelah siap, mereka
kembali berkumpul di suatu tempat yang lapang untuk perbincangan aktiviti percutian
mereka.
“Aku rasa malam ni kita wat burung hantu nak..”Azman memberi
rancangan.
“ISK…xnak lah.Aku takutlah”Wardina membantah.
“Ala.relaks r..Wardina.Kita kan ramai.Jangan risau
r..”Haikal cuba menenangkan Wanita itu.
“Aku setuju cadangan tu.Kita kan ada 29 orang.9 orang
perempuan.”
Mas setuju dengan permainan itu.Semua juga bersetuju hanya
Wardina sahaja yang tidak berapa suka masuk hutan malam-malam.
“Aku setuju tapi apa kata kita buat malam esok masuk
hutan.Malam ni kita lepak-lepak je.Nyanyi2..enjoy..sebab kita kan masing-masing
penat lagi jalan jauh an..”
Husni memberi cadangan yang lebih baik.Semua sangat
bersetuju dengan cadangannya.
“Ok sekarang Haikal ada gitar.Korang nyanyi aku main..”
Haikal memberi cadangan.
“Okay..aku rasa Haikal je lah rasmikan dulu.Suara dia sedap
juga”.Cadang azam.Haikal pula mengelengkan kepalannya.
“Ya..betul.Tetamulah yang kena nyanyi.Kitorang dah selalu
dengar dah suara budak kelas .Orang luar pula..”
Cadang Qairi.
“okay..aku nyanyi.urm..tapi lagu apa erk..”
Haikal memandang ke langit.
“Kau ilhamku lah..”
Wardina memberi lagu itu namun tidak ada sesiapa setuju.
“Okay..jangan kau berputus asa.Spider”
Haikal menguntum senyuman.
Gerbangmu terbuka mencabarku..
melangkah..menurut rse rindu..
Biarpun nnt antara kita ada yang munggkin terkorban
biar pun nnt kita
terhukum melanggar kebiasaan
Cinta xpandang xkira siapa iakan mencuba..
Selagi mana pecinta
terdaya menahannya dia kan dicuba.
sebelum gugur tercalar jiwa parah..jgn kau gugurkan air
mata.
Sebelum putus tali tuhan yang esa..jgn kau berputus asa..
Nada mu menangis menggugatku..
Dekati..dirimu yang ku rindu..
Biarpun nnt antara kita ada yang mungkin menyesal
biarpun nanti kita terpaksa membayar harga yang tak setimpal
Semua terdiam apabila mendengar suara serak basah Haikal.Merdu.Terutama
sekali Mas terpengun mendengar suara lelaki itu.
“Bestnya suara dia”Bisik hati Mas.
Habis sahaja Haikal menyanyi.Semua disitu memberi tepukan
yang gemuruh.Haikal tersenyum dan matanya melirik pada Mas yang sedang
mencebikkan bibir.
“Biasa je suara kau..’’Mas sengaja tidak mengaku bahawa dia
juga sama seperti yang lain mengatakan suara Haikal serak basah macam tam
spider.
“alah..kau jelez.Kau ada?..kau xada an..”
Haikal memeluk gitarnya.
“Ada ke..?’’Mas bertanya kembali.
“ada apa?’’Haikal pelik.
“Ada aku kisah?’’Kata mas itu membuatkan Haikal geram.
“Peduli apa kau kisah ke x..”Haikal membalas kembali.
“Dah la kau ni dari aku lepak dengan kau baik aku lepak ngan
Azam..”Mas beredar dari situ.
“Wey kau ingat Azam nak lepak ngan kau ke.bla la.dia tak
pandang perempuan macam kau.”Haikal tersenyum nakal.Mas pula menjeling tajam
terhadap lelaki itu.
“Hai zam…’’
Mas melabuhkan pungungnya disebelah Azam.
“Hai..Mas.Tak sejuk ke pakai lengan pendek ni?.”
Azam bertanyakan soalan itu pada Mas.Tidak tahu maksud
azam.Sama ada dia memerli ataupun dia betul-betul mahu ambil berat.
“ERM..se..sejuk jugak lah.’’Mas menjawab.
“dah tahu sejuk napa pakai lengan pendek.Lagipun malam-malam
macam ni banyak nyamuk mas..”Azam tenang berkata-kata.Tangannya
mematah-matahkan ranting pokok.
“Hehe.Tak mengapa.Nanti Mas pakai baju sejuk.Azam..dah lama
kita tak borak macam dulu kan..”Mas cuba mengigatkan kembali azam kenangan
dulu.
“Ye..memang.Dulu Mas selalu mengadu kat saya kalau ada
masalah.Azam pula selalu cari mas kalau ada
mata pelajaran yang Azam xtahu.Mas kan terror..terutamannya matematik.”
Mas tersipu malu.
“Mas cari Azam tentang subjek mata pelajaran
islam.Hahah..”Azam pandai mengaji.Selalu dapat kedudukan pertama disekolah jika
ada tilawah islam.
“Mas masih seperti dulu ke..xrajin mengaji?’’tanya Azam.Mas
Terdiam.
“Mas..mas dah lama tak mengaji.”Mas bercakap jujur.
“Solat?’’Azam bertanyakan soalan ke dua yang benar-benar
membuatkan Mas malu.
“So…solat..kadang-kadang..’’Tergagap-gagap Mas menjawab.
“Kenapa..”Azam bertanyakan soalan dengan tenang.
“Mas…sibuk..urm…”Mas memberi alasan.
“Maaflah..kalau soalan saya tadi membuatkan mas terasa.Saya
bukan bagus sangat, kita manusia biasa,akan melakukan dosa..tapi kita diberi
peluang untuk bertaubat.Allah akan menerima taubat hambanya walaupun hamba. ”Kata-kata
Azam memberi sedikit sebanyak kesedaran pada Mas yang banyak di mandikan dosa
dalam kehidupannya selama ini.
“Mas belum tentu kita akan hidup lama…entah esok,entah
lusa..kalau kita tak sempat bertaubat
bagaimana mas..?.”Azam cuba membuka kata-katanya yang selalu di gunakan sewaktu memberi ceramah disekolah-sekolah.
“Ya…saya tahu..” Mas mengangukkan kepalanya.
“Saya nak solat kejap” Azam bangun dari situ.
“Solat isyak kan dah lepas?’’ .Mas berkerutkan dahinya.
“Solat hajat..”Azam beredar dengan senyuman.Mas pula
termenung seketika.
“Mas…kau kenapa termenung?” sergah Mirsha dari arah
belakang.
“Kau nak ikut aku dengan Haikal tak bersiar-siar ?’’ Mirsha
mengajak Mas mengikuti berjalan-jalan.
“tak nak” .Itu yang terkeluar dari mulut Mas.
“Ala jom..please “Mirsha membuat muka kesian.
‘Yela..jom la.”Mas bangun dan mengikuti mirsha.
“Eh kenapa kau ikut ni..”Haikal berkerutkan dahinya.
“suka hati aku la.Kau apahal?’’Mas menolak dada Haikal.Benci
sikap lelaki itu semakin meruap.
“Aku yang ajak Mas.Jangan la bergaduh.Nanti jatuh cinta baru
tahu..”Mirsha menarik tangan Mas dan juga Haikal.Haikal tersentap lalu menarik
tangannya perlahan-lahan tanpa Mirsha menyedar tindak balas dari Haikal.
“Eh Kal..you kerja apa erk..?”Mirsha menujukan soalan itu
ketika sedang berjalan-jalan.
“Kerja hantar surat jek..”Haikal selamba berkata.Langsung
tidak malu dengan pekerjaannya.
“Ye ke..hahahaha”Mas pula terbahak-bahak mentertawakan
lelaki itu.
“Hey perempuan..kau jangan nak kurang hajar erk.Kang selipar
melekat kat muka kau..”Haikal membeliakkan matanya.
“Woy..cubalah kalau berani.Kau ingat senang-senang je r..nak
buat macam ni.Cakap tu Berakal sikit erk..”Mas mengunakan dua jari telunjukya
di letakkan di kepalanya kiri kanan.
“Orang berbudi kita berbahasa..orang buat tahi..aku buat
bau..”Entah apa-apa yang cuba Haikal mengarutkan.
“Ek eleh..kang aku cabut bulu hidung kau campak kat
hutan.Kau nak?’’Mas pula membeliakkan matanya.
“Eh..diam-diam.Jangan gado-gado..”Mirsha mengedikkan
pergerakan tubuhnya manakala Haikal dan Mas menjeling sesame sendiri.Keadaan
diam seketika namun menjadi bising tatkala Mirsha bertanyakan soalan pada
mereka berdua.
“Jauh lagi ke kita nak berjalan ni..”Mirsha menepuk bahu
Haikal.
“Ye jauh..kita jalan belah sana pulak..”Haikal menunjukkan
arah yang dia mahu pergi.
“Dah la..jom balik.Aku dah tak larat nak jalan-jalan
ni..”Mas memeluk tubuh dan berhenti seketika.
“Ala..mas..Kita jalan sikit lagi depan tu.Ada apa-apa yang
menarik ke..”Mirsha memujuk Mas.
“Biarkan je perempuan tu..balik sorang-sorang..”Kata-kata
Haikal membuatkan ego Mas tercabar.Dia melangkahkan kaki mengundur ke belakang
dan berlari menuju pulang.
“Eh..Mas..Mas..”Mirsha memangil Mas berkali-kali namun Mas
berlari tidak menoleh.
“Jom..ke depan sana.Pedulikan dia.Degil”Haikal melangkah ke
hadapan.Misha rasa serba salah.
Mas berlari bila hati dah bengis dah hilang rasa takut
berlari sorang-sorang dikawasan chalet.Hatinya berbisik harap-harap Mirsha dan
Haikal mengejarnya.Namun dia menoleh tidak ada bayang-bayang mereka.Nak patah
balik malu.Tiba-tiba kedengaran bunyi pokok jatuh.Jantung Mas bagai nak
gugur.Dia berlari patah balik kearah Haikal dan Mirsha.
“Mirsha..tolong..”Kelihatan Mas berlari kearah Mas dan
Haikal.Disebabkan ketakutan Mas terpeluk Haikal yang baru sahaja memusing
belakang.Mas memeluknya erat.Haikal tergamam.
“Wah..gaduh-gaduh berpelukan..Mirsha ketawa mengajuk.
“Eh..mana ada..aku terpeluk.Dia ni yang halang jalan aku nak
pergi kat kau tadi..”Mas malu.Dia menundukkan wajahnya.
“Ei..kau yang berlari terus peluk aku apahal..Dasar
perempuan..boh..”Haikal..memberhentikan kata-katanya.
“Kenapa kau berlari..?’’Mirsha bertanyakan Mas yang
kelihatan takut-takut.
“Pokok tu jatuh tiba-tiba..”Mas menceritakan kejadian tadi.
“Ek eleh baru pokok jatuh..tu pun dah lari lintang pukang”Haikal
menunjal kepala Mas perlahan.Mas pula menumbuk-numbuk bahu Haikal yang sasa
itu.
“Dah lah kal..jom balik.I pun rasa tak sedap hati..”Mirsha
mengajak Haikal pulang.
“Jom..”
Mirsha menguntumkan senyuman manakala Mas geram dengan
Haikal.Jika tadi dah balik sama-sama tak terjadinya kejadian peluk tadi.
“Kau perempuan jalanlah depan!.Nak jalan berlakang aku
apahal.Kang pokok jatuh belakang kau.Kau peluk aku lagi.Tak ingin aku..”
Haikal berkata begitu membuatkan hati Mas betul-betul benci
dengan lelaki itu.
“Kecik besar..kecik besar je aku pandang kau “
Mas menolak bahu Haikal lalu memotong jalan Haikal.Haikal
membiarkan dua wanita jalan di hadapannya.Bukan apa dia dapat jaga dua anak
dara itu didepan mata.
Keesokan hari selepas sarapan pagi mereka melakukan aktiviti
menanam badan di tepi pantai.Terbahagi kepada group.Group mana yang cepat di
tanamkan hanya menggunakan tangan kanan sahaja
akan menang.Jumlah keseluruhan 29. 5 orang 1 group. 4orang Ajk permainan.
“Group terakhir yang belum disebut nama adalah Azam,Mas,Haikal,Wardina
dan Amrie”
Jelas dari arahan Shah ketua permainan.
“Ah dengan kau lagi boh..”
Haikal memanggil Mas lagi boh.
“Boh?.Apa maksud kau?’’
Mas berkerutkan dahinya.
“Ada r..kau tak perlu tahu.Kau perlu tahu aku tak suka kau
je.”
Haikal mengangkat kening sebelah.
“Huh..apa kisah kau suka aku ke tak.”
Mas menjuihkan lidahnya.
Pertandingan dimulakan.Azam dan Haikal bersungguh-sungguh
mengorek tanah menggunakan tangan kanan.Tenaga lelaki yang banyak digunakan.Mas
pula menjaga-jaga tangannya.Mana taknya tangan yang lembut putuh gebu nak korek tanah.Memang tak lah.
“Kau ni bodohla..”
Haikal menolak bahu Mas.
“Kau apahal..?’’
Mas memegang bahunya setelah ditolak Haikal.
“Sebab kau lah group kita kalah!.Takut sangat tangan kau tu
kasar lah konon.Tak payah nak jaga sangatlah wey..’’
Haikal betul-betul kelihatan marah.
“Kau ni kenapa..dah kalah nak buat macam mana.Kau ingat ni
pertandingan dapat rumah banglo ke..apa?’’
Mas membeliakkan mata.Dia ingat Mas tak tahu marah ke.
“Meluat aku perempuan macam kau.Cover-cover cun konon..kang
ni makan dia..”
Haikal menunjukkan segenggam pasir di tangannya.
“Kal..cukupla.Tak kan pasal permainan nak bergaduh..”
Azam tegas berkata-kata.
“Ah..kau pun sama’’
Haikal beredar dari situ.
Pertandinga kedua
menggunakan kumpulan yang sama.Membuat gubahan
dan diberikan pada para juri mengunakan pasir,daun dan ranting sahaja
ke dalam 1 bekas.Gubahan paling cantik sahaja akan menang.
Mas memberi idea yang sangat kreatif.Akhirnya pertandingan
kedua kumpulan mereka menang.
“Kau ni bodoh la..”
Turn Mas pula yang cakap macam tu pada haikal.
“Kenapa pula..?’’
Haikal menggarukan kepalanya.
“Benda senang pun xde idea nak gubah..Apa yang kau buat
tadi.Duduk dan pandang je kan.Kau ni lain kali berakal sikit..”
Mas menggunakkan kedua jari telunjuk dan diletakkan di kiri
kanannya.
Haikal pula tersenyum sinis.
Pertandingan ketiga pada pagi itu.mencari harta karun dalam
hutan .
Setiap group berlari-lari dalam hutan dan sibuk mencari klu.
“Wey perempuan..cepat sikit.Terkedek-kedek macam itik r..!’’
Haikal memarahi Mas yang paling kebelakang sekali.
“Kau diam lah.Kau jalan je dulu.Kalah..kalah je lah.”
Mas tidak pedulikan kata-kata Haikal.
“Okay bye..”
Haikal melangkah laju ke hadapan.
“Aduh..sakitnya..”
Mas terjatuh.
“Oi..baru tinggal dah jatuh.Cer cite..”
Haikal tergelak.
“Tolong aku.”
Mas masih terduduk.Kakinya terseliuh.Tak dapat bangun .Muka
merah menahan sakit.
“Kau nak suruh aku tolong?.Aku?’’
Haikal menunjukkan jari telunjuk kedada.
“ye lah abis tu sapa lagi dol..”
Mas berkata begitu membuatkan Haikal masih tidak membantu.
“Aku adalah sekadar mat hantar surat jek..kau mintaklah anak
datuk,anak tan sri..anak usahawan bantu kau.Mana..mana mereka jejaka idaman
kau..”
Haikal tersenyum sinis.
“dorang xde kat sinilah..”
Wajah mas masih menahan sakit.
“Oh ye..”
Haikal mengangkat Mas yang sedang kesakitan keluar dari
hutan.
“Kenapa kau bawa aku keluar dari hutan?’’
Mas bertanyakan soalan itu.
“Kau kan sakit.Dapatkan rawatan.Takkan aku nak bagi rawatan
kat kaw.Lain jadinya..”
Haikal tidak memandang Mas dan hanya memapah wanita itu.
“Permainan macam mana?”
Tanya Mas.
“Biarlah.Bukan bertanding dapat banglo pun.”
Haikal mendudukkan Mas di atas kerusi dan Aleeyana
cepat-cepat memberi bantuan.
Mas dibawa balik ke bilik.Dia terkecuali dalam permainan
petang.Takut kakinya makin bengkak.Permainan tanpa bertanding petang itu tidak lagi didengar pergaduhan antara Mas dan Haikal membuatkan mereka disitu tenang.Haikal kelihatan riang bermain manakala Mas pula
sangat bosan duduk sorang-sorang dalam bilik.Dia keluar dari bilik dan
perlahan-lahan berjalan keluar.
“Mas..napa keluar?.Nanti kaki tu bengkak.”Azam berlari kearah mas.
“Saya bosan lah dok terperap dalam bilik.Tak pelah tengok
kawan-kawan main bola takraw ni hilang bosan.”Mas mengukir senyuman.
“Oh okay gak tu.”
Azam membersihkan bangku basah di tepi pantai itu.Azam pula
melabuhkan punggungnya ketanah setelah membersihan bangku untuk Mas.
“Mas…dah sapu ubat kat kaki belum?’’Azam bertanyakan soalan
itu.Kelihatan risau terhadap kaki Mas yang terseliuh.
‘Dah..zam.Zam..kenapa perangai Kal poyo sangat.Dia benci
saya ke.Kadang-kadang saya rasa nak menangis bila dia marah-marah cuma saya
cover je.”Mas mengerutkan dahinya dan memandang azam.
“Taklah..perangai dia memang macam tu.Dia poyo..memang saya
akui tapi dia lah kawan saya yang paling baik.Dia lah kawan yang
bertanggungjawab.dia lah kawan yang hormat orang tua dialah kawan sewaktu
menangis..banyak pengorbanan dia sebagai kawan..”
Kata-kata Azam membuatkan Mas tidak percaya.namun dihati
kecilnya pula tiba-tiba mahu mengenali lelaki itu.
Malam itu permainan burung hantu.Mereka semua dikehendaki
duduk dalam hutan selama sejam.Dari pukul 12 sehingga pukul 1.Waktu itu mereka
terpaksa bersendirian.Mas dalam ketakutan.Ada orang lalu lalang
disebelahnya.Mungkin mereka ahli penjaga mainan pada malam itu.Salah seorang
ahli penjaga adalah Haikal.Memang habislah budak-budak malam tu
ditakut-takutkan oleh Haikal.
“Mas..mari ikut aku mas..”
Suara itu tidak jelas.Seperti suara lelaki yang buat-buat
seperti suara perempuan.Mas tidak pedulikan suara itu lalu dia hanya berdiam
diri sahaja.
“Mas….mari mas..mari..”
Mas rasa tidak senang duduk.Dia berdiri lalu mulutnya tidak
berhenti berkata-kata.
“Kau sapa.Haikal ke?.Wardina ke?..knp nak ikut kau?.Nak
pergi mana ni.?’’
Mas bertanyakan banyak persoalan.
“Ikut aku..mas….ikut..”
Suara itu kedengaran semakin dekat.Suara Haikal kedengaran
jauh dari situ namun suara siapakah yang bercakap ditelingannya.Bulu romannya
semakin naik.Hatinya berdegup kencang.
“Tolong..tolong..ada orang nak culik aku..”
Mas menjerit-jerit ketakutan namun keadaan sekeliling diam
menyepi.
“Mana korang semua.Kenapa xdengar suara sapa-sapa
ni.Haikal?.Azam?.Mirsha?’’
Mas melangkahkan kakinya.Namun terhenti tatkala hidungnya
terlanggga seseorang.
“Sapa ni?’’
Tangan Mas meraba-raba badan itu.Dari kesan raba mas dapat
rasa susuk tubuh lelaki.
“Haikal..kau ke?’’
Mas memeluk lelaki itu.Namun terasa lain macam.Mas membuka
ikatan kain dimata.Alangkah terkejutnya lelaki itu membeliakkan mata.Muka putih
melepak.Mulut berdarah.
“Han….hannntu..”
Mas pengsan malam itu selepas tubuh yang dipeluknya hantu.
“Haha”
Haikal tergelak bagai mahu pecah perut.
“Kenapa kau gelak?’’
Mas menujukan soalan itu.
“Kau semalam muka takut,pucat
lak tu.Dari muka kau yang berseri-seri dengan make up semalam muka kau
kelakar giler macam orang giler..”
Haikal tergelak lagi.
“Kau ke hantu semalam.Jadinya kau yang kenakan aku.Semua tu
rancangan kau.”
Mas menumbuk bahu Haikal berkali-kali.Namun Haikal tetap
berwajah selamba.
“Kurang hajar betul kau ni.Kalau aku tahu kau.Aku pula
bertukar jadi Pontianak.Biar padan muka kau..”
Mas sengaja berloyar buruk terlalu geram dengan sikap lelaki
itu.
“Aku peduli apa sial..”
Haikal mengangkat keningnya.
“Kau ni memang la.kenapa kau tak mati je kena makan beruk
ke,harimau ke..”
Kata-kata mas tidak di endahkan oleh Haikal.
Bagaikan sesaat sahaja mereka berkumpul.Sudah tiba masanya
mereka pulang ke tempat masing-masing.Perjalanan pulang memenatkan.Sampai
sahaja ke kuala lumpur keadaaan jadi suram.Masing-masing memeluk
rakan-rakan.Begitu juga dengan misha memeluk sahabat-sahabat Mas yang kina
menjadi sahabatnya juga.
“Azam..saya pulang dulu.”
Mas menyapa Azam.
“Baiklah.balik naik apa ni.?’’
Azam menujukan soalan itu.
“Oh kawan saya amik.Linda.Hah tu pun dia..”
Mas menunjukkan kereta nya yang dipandu Linda.
“Oh..nama dia linda?.’’
Azam merenung mata linda.Terpaku dengan kecantikan linda
malam itu, berbeza pada pertemuannya di Kfc tempoh hari.
“Bye…Boh..”
Haikal berlari dari arah berlakang Azam dan sempat menyakat
Mas.Mas hanya mampu menjeling namun di sudut hatiinya sedih meninggalkan Azam
dan Haikal malam itu.Adakah selepas percutian ini mereka akan berpelaung rapat
seperti di sana.
“Mas..kenapa Haikal suka panggil kau Boh erk?’’
Mirsha menoleh ke tempat duduik belakang.
“Entah..aku tak pasti.Tak pernah Tanya pula..”
Mirsha pula terus menoleh ke hadapan dan melelapkan
matanya.Mereka berdua Nampak kepenatan sehinggakan di biarkan Linda memandu
kesorangan.Namun dikotak fikiran linda terbayangkan wajah Azam dan renungan
lelaki itu tadi.Aneh.
Hari demi hari.Mas lalui hari-harinya seperti biasa namun
hatinya hanya teringatkan pada sahabatnya.Bukan Linda,bukan Mirsha ataupun
sahabat-sahabat reunion hari itu namun hanya Azam yang bermain difikirannya.
“Kenapa aku teringatkan Azam NI?’’
Bisik hati mas.
“Perlu ke aku telefon dia..?’’
Mas bertanyakan soalan pada dirinya.
“Urmm.adakah perasaan ini rindu pada dia?’’
Mas berkerutkan dahinya.Linda pula mengetuk pintu bilik
office Mas.
“Masuk..”
Mas membenarkan Linda masuk kedalam .
“Kenapa ngan kau ni.Resah je aku tengok.
“Memang..aku nak Tanya pendapat kau la linda”
Mas memandang linda.
“Pendapat apa?’’
Linda bertanya kembali soalan pada sahabatnya yang bersikap
aneh pada hari itu.
“Perlu ke aku telefon Azam.Azam..aku teringat kat dial ah..”
Mas menujukan soalan itu.Hati linda berdegup kencang apabila
mendengar nama Azam disebut.
“Urm..entah.Kau rindu kat dia ke?’’
Linda bertanya lagi.Mahukan kepastian.
“Ya..aku betol-betul rindu kat dia.Tak pernah aku rasa macam
ni taw.’
Mas meletak tangannya di atas meja.
“Ai..sejak bila kau pandai merindui lelaki yang bukan anak
datuk ni..”
Linda mengangkat kening sebelah.
“Sejak aku jumpa kembali Azam.Ya..dia dah banyak buat
citarasa aku berubah.Aku tertarik dengan dia.Dulu ye la..jumpa waktu
sekolah.mana ada terselah kekacakkan dia tu.Selekeh je..mana aku pandang.haha”
Mas tergelak kecil.Hati linda mula rasa cemburu.
“Aku ni sebenarnya suka pada dia sebab dia lelaki lain dari
lain sebab agama dia..bukan sebab kekacakkan dia Linda..”
Kata-kata Mas membuatkan Linda tersentak.
“Kau ni nak berubah ke..mana perginya Mas yang seksi,mas
yang anggkuh dengan kecantikan dan kemewahan..”
Linda memerli sahabatnya namun mas hanya tersenyum.
Suatu hari Mas mengetepikan egonya untuk menelefon Azam.Dia mengajak
Azam berjumpa pada malam itu untuk menceritakan sesuatu yang berkenaan
hidupnya.Sejak dari itu Mas selalu keluar dengan Azam dan tidak peduli kata-kata
Mirsha dan Linda yang selalu menyindir bahawa Mas bercinta dengan lelaki
sengkek.
Hari demi hari Mas mengenali Azam dengan lebih
mendalam.Namun hanya Allah sahaja yang tahu bahawa perjumpaannya dengan Azam
adalah disebabkan oleh agama sahaja bukan kerana cinta.Mas mempelajari agama di
surau bersama ibu angkat Azam.Solat,mengaji dan ceramah-ceramah yang selalu di
berikan untuk Mas mendengar tentang hukum haram larangan islam.Namun perkara
ini disembunyikan oleh Mas.Baginya dia tidak mahu mengheboh-hebohkan perkara
ini bahawa dia baru nak belajar tajwid,baru nak mengetahui hukum hakam larangan
islam.Dia takut ditertawakan nanti.Dia takut taubatnya hanya olok-olok
sahaja.Biarlah hatinya perlahan-lahan menerima hidayah dan pintu hatinya
bertaubat beriman kepada Allah.
“Mas..kau dari mana ni?’’
Linda menujukan soalan itu terhadap Mas yangbaru balik.
“Aku baru balik dari office..”
Mas menjelaskan pada linda.
“Kau tipu kan..aku Tanya guard kat sana..dia kata kau tak
pernahpun ada kat office sampai malam.Kau g mana sebenarnya.Aku tahu kau keluar
gan Azam kan?Setiap hari kau balik puklul 10.Kalau dengan jantan lain aku tak
kisah.Kalau dengan Azam aku kisah la..’’
Linda menujukkan soalan itu membuatkan Mas terkejut.
“Kenapa..?’’
Mas berkerutkan dahinya.
‘’Dialah satu-satunya lelaki yang pernah aku jatuh
cinta..kau tahu tak..’’
Linda memeluk bantal dan meluahkan perasaannya.
‘’haha kau suka dia..?’’
Mas pula tergelak kecil.
‘’ye..sejak pandangan pertama lagi..kat KFC..’’
Linda mengentel-gentel bantal yang dipeluknnya.
‘’Yeke..cer cite..”
Mas pula duduk di hadapannya dan mendengar luahan hati
sahabatnya yang bersangka buruk selama 30 minit lamanya.
“Dah..kau jangan risau-risau.Aku dengan Azam..tak ada
apa-apa.Sumpah.aku tak pernah suka kan dia..tapi aku suka sebab dia bukan
lelaki lain yang aku kenal.Dia seorang lelaki yang bertakwa kepada Allah.Aku
tertarik dengan dakwah dia dan Aku ikhlas mendengar ceramah-ceramah dia dan
aku baru menyesal dengan diri aku yang
banyak dimandikan dosa-dosa.Islam itu indah ..”
Mas beredar dari situ dan menguntumkan senyuman pada Linda.
‘”Mas..maafkan aku bersangka buruk terhadap kau..patutlah sekarang kau dah tak
pakai seksi-seksi sangat macam dulu..tapi seksi sikit la..”
Linda bangun dan memeluk Mas dan mengekori Mas sampai
ketingkat atas.
Malam itu Mas diberi jemputan pertunangan dan
perkahwinan.Alangkah terkejutnya jemputan itu terserlah nama pengantin Khairul
Azam dan Masitah Rasuddin.Apa yang dia akan beritahu terhadap sahabatnya
Linda.Mesti hati wanita itu sangat kecewa dengan berita ini.Azam pula meminta
bantuanku menolong adik-adiknya membuat gubahan.Jarak tarikh pertunangan dan
perkahwinannya hanya seminggu sahaja.Mas terpaksa membuat keputusan bertapak
dirumah saudara Azam selama seminggu dengan kelaurga lelaki itu di kuala
Terengganu yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.
“Ada dua masalah sekarang..”
Mas bercakap sorang-sorang.
“Pertama nak minta cuti selama seminggu dengan bos aku tu
bukan senang.Kedua nak bagitahu linda tentang perkara ini.Bagaimana perasaannya
nanti..?’’
Mas tersentak.Daun
pintu biliknya di tolak oleh Linda.
“Mas cantiknya kad tu”
Linda merampas kad tu dari tangan Mas.
“Kad jemputan sapa ni..”
Linda membelek dan tiba-tiba dia terdiam dan menitiskan air
matanya.
“Azam..nak berkahwin tiga minggu lagi?’’
Linda memandang Mas dengan menitiskan air matanya.
“ya..Linda.Aku baru je dapat kad jemputan ni dari Azam
petang tadi.Malam ni baru aku sempat buka.”
Mas menerangkan pada Linda.
“Hati aku ni macam mana Mas..?’’
Linda memeluk Mas.Mas pula mengurut-urut belakang wanita
itu.
“Sabarlah Linda.Ini sudah takdir.Maybe bukan jodoh kau
dengan dia.Lagipun kau dan dia xpernah declare apa-apa.Kau tak boleh nak
salahkan dia Linda.Aku pun terkejut .”
Mas memberi tisu pada Linda.Sekali dua tak mencukupi untuk
membersihkan air hidung yang meleleh.Mas menghulurkan satu kotak pada
sahabatnya dengan mengelengkan kepala.
Tarikh pertunangan dan perkahwinan sudah tiba.Mas menaiki
kapal terbang dari kuala lumpur ke kuala Terengganu.Tidak berdaya dia nak
memandu sejauh itu keserorangan.Linda memang patah hati untuk menghadirkan diri
di hari persandingan Azam manakala Mirsha pula ada masalah dikampungnya tidak
dapat mengikutiku.
Aku dijemput oleh azam di lapangan terbang.Besar sungguh
rumah kampung makcik sedara Azam.Suasana meriah sangat.Mas melangkah keluar
dari kereta dan orang kampung memandannya atas bawah.Mas pula bersalaman dengan
keluaga azam dan tuan rumah itu.Melangkah sahaja kedalam langkahnya terhenti.
“Kau?’’
Mas menunjukkan jari terlunjuknya kearah lelaki
dihadapannya.
“Ya..aku.Aku adalah aku..Kenapa Boh?’’
Haikal tersenyum sinis.
‘’Muka kau lagi kat sini..”
Mas menujukan soalan itu terhadap Haikal.
“Apahal..?’’
Haikal menaikkan keningnya.
“Aku buat gubahan hantara..ada gunanya jugak dari
kau..merapu?’’
Mas tergelak kecil.
“Aku jadi pengapit dia.So aku kena sentiasa kena ada dengan
Azam.so xboleh la dtg awal kat sini”
Haikal mebuat mata juling.
“Memang tak boleh.Aku benci kau ada kat sini.”
Mas melangkah kakinya kedepan menunggu Azam menunjukkan
bilik.
“Apa kau ingat aku keriangan Nampak kau ada kat sini.Aku
benci kau juga..”
Haikal membuat gaya tangan patah semacam gaya maknyah.
“HUH..”
Mas beredar dari situ.
“Kau nak pergi mana?’’
Haikal bertanyakan soalan itu.
“Bilik lah..”
Mas menjawab dengan tengkingan.
“ewah-ewah..kau masuk suka hati je.Macam dah setahun dok
umah ni.Jom aku tunjuk kau bilik kau kat mana.Azam dah bagitau kau tolong dia
bawa kau kat bilik yang sesuai kau tidur.jom ikut aku”
Haikal menyuruh Mas mengekorinya.
“Ni lah bilik kau..puteri kayangan..”
Haikal cepat-vepat beredar dari situ.
“Reban ayam yang di tunjuknnya bilik aku.Eee..ii geram betul la aku jantan ni..”
Mas menepuk pelahan kayu reban.
“Eh mas kenapa duduk kat reban ayam tu..bilik kamu kat dalam
..”
Suara itu membuatlkan malu tersipu.
“Saja singgah kat reban ni..dah lama tak Nampak reban ayam
cik..hehe”
Mas mengetib bibirnya.
“Orang Bandar memang tak jumpa reban ayam.lepas ni tengok
lah puas-puas ye mas.Salin pakaian dulu..berehat”
Mak Azam menunjukkan bilik mas ke di dalam.
“Benda apa yang penting sangat sampai kau ajak aku jumpa kat
luar ni Zam..”
Mas menujukan soalan itu pada Azam.
“Ada hal penting aku nak bagitahu kau Mas..”
Azam memandang mata mas.
“Hal apa Zam..?.’’
Mas berkerutkan dahinya.
“Sebenarnya aku terpaksa kahwin..ni permintaan ibu bapa
aku..aku tak sanggup nak tolak.Aku ngan bakal isteri aku xpernah keluar
sama..kami xpernah bercinta.”
Mas terkejut kata-kata itu dikeluarkan oleh Azam.
“Azam..apa kau cakapkan ni.Kenapa selama ni kau xpernah pun
cerita kat aku?.Kenapa baru sekarang?’’
Mas memandang tepat kearah mata sahabatnya itu.
“Ikutkan hati aku aku nak tolak..nak bagitahu semua orang
perkahwinan ini dibatalkan.Tapi aku tak sanggup nak kecewakan kedua ibu
bapaku.Mereka akan mendapat malu nanti..”
Azam menundukkan kepalanya.
“Ya..betul apa kau cakapkan tu..kau dah terlambat nak
berpatah balik”
Mas mendaratkan pandangannya kea rah lain.
“Aku cintakan kau mas.Kau yang aku nak jadikan isteri
aku..’”
Sekali lagi perasaan terkejut Siti rahemas malam itu.
“Azam..apa kau merepek ni?’’
Mas tercengang.
“Betul..walaupun kau seksi,walaupun kau berperangai
mengada-ngada aku tetap sayangkan kau dari sekolah lagi.Cuma aku tak berani nak
meluahkan perasaan aku pada kau.Mas kalau kau juga mengatakan kau mencintai
aku.Aku bersumpah akan batalkan perkahwinan ni Mas..”.
Azam memandang tepat kea rah mata Mas yang sedang
berkocakkan air mata.
“Azam..jujur dari seikhlas hati aku..”
Mas memandang mata lelaki itu.
“Jujur kau juga mencintai aku Mas?’’
Azam tersenyum.
“Jujur aku tidak pernah mencintai kau..tapi aku mencintai
keimanan kau.Keimanam kau kepada Allah,dakwah kau,tatasusila kau,anak yang
mentaati kedua ibu bapa.. membuatkan aku mula ingin berubah dan mendalami
islam..”
Mas memberitahu kebenaran.
“Jangan kau khianati kedua ibu bapa kau..walaupun aku belum
berubah sepenuhnya tapi aku dalam proses untuk kearah kebaikan kalau kau
kahwini aku.Bagaimana orang kampung mahu terima aku,kedua ibu bapa kau mahu
terima aku dengan perangai aku seperti ini,naik kelab malam,pakai seksi,keluar
dengan lelaki keliling pinggang.Belum masanya lagi Azam aku layak jadi isteri
yang solehah untuk kau.Marsitah yang layak..dia pilihan kedua ibu bapa kau.Dia
juga wanita dari keturunan yang baik-baik.Ayah dan ibunya orang ustaz dan
ustazah seperti kedua ibubapa kau..”
Mas mengesat air mata.
“Tapi aku sanggup tunggu kau..”
Azam masih berkata-kata.
“Tidak….ini mustahil untuk kau tunggu aku.Hati aku tak akan
mencintai sahabat karib aku sendiri..”
Mas memberikan keyakinan pada lelaki itu.
“Tapi Mas…”
Azam masih mencuba.
“Azam kalau kau mahu aku jadi sahabat kau lagi..tolong
jangan malukan kedua ibu bapa kau sebab mencintai aku..pilihan kedua ibu bapa
kau adalah yang terbaik.percayalah zam...tak semestinya orang yang kita cintai
akan menjadi milik kita..terima lah masitah dengan ikhlas.jom kita balik.xmanis
orang pandang macam ni zam.”
Azam..menganggukkkan kepalannya.
Hari pertunangan sudah selesai.Mas meluangkan masanya
berjalan-jalan dikeliling kampung dengan
menaiki basikal kepunyaan Zam.
“Oi..boh..”
Haikal menolak basikal yang di kayuh Mas.’
“Aduh..sakitnya..”
Kaki Mas terluka dan berdarah.
“Eh sory-sory.Aku xsengaja..”
“Otak kau xsengaja.Jalan punya besar kau langgar aku
apahal..”
Mas menolak nahu Haikal.
“Ala..aku mintak maaf.Biar aku panggil ambulance..hhahaha”
Haikal tergelak besar.
“Aku sakit ni..mak..”
Mas menangis macam budak kecil.Haikal pula gelopoh tak tentu
arah.Dia cepat-cepat mengoyakkan baju kamejannya dengan membaluti luka Mas.
“Aku mintak maaflah..”
“Haikal..macam mana aku nak balik ni..!’’
Mas memukul lagi bahu Haikal.
“OK..Aku dukung.kau lompat belakang aku cepat.”
“Uwihhh..xnak!’’
Mas memeluk tubuh.
“Ala..abis tu macam mana.Kau jangan jual mahal.Jom aku
dukung cepat..”
Haikal menarik tangan Mas kemudian menyuruh mas memeluknay
dari belakang untuk diangkat.
Belum sampai kerumah.Haikal memberhentikan
langkahnya.Kepenatan dan tercungap-cungfap untuk mendukung wanita yang hamper
berusia 25tahun itu.
“kenapa kau berhenti..?’’
Mas bertanyakan soalan itu.
‘’aku penat.kau dah la berat macam batu”
Haikal melabuhkan punggungnya dan mendaratkan pandangannya
ke sungai.
“Urm..yela..”
Mas juga melabuhkan punggungnya kesebelah Haikal.
“Haikal…kenapa kau selalu marah-marah aku..?’’
Mas membangkitkan soalan itu dalam suasana bunyi deras air
kedengaran.
“Aku benci kau..”
Haikal berkata selamba.
“Aku pun benci kau tapi tak sedingin kau kan?’’
Mas mencebikkan bibirnya.
“Ya.aku tahu kau pun benci aku dan aku tak pernah berharap
kau jatuh cinta aku sebab aku pun tak akan mencintai kau dan aku sangat benci
perempuan macam kau..hahaha”
Haikal tergelak besar.
‘Kenapa kau benci aku.?’’
Mas mengutib batu kecil dan baling-baling kedalam sungai.
“Sebab..sebab kau perempaun
mengada-gada,seksi,poyo,gedik,tak tahu malu,xsopan..”
Haikal terus berkata-kata manakala Mas memotong percakapan
itu.
“Stop..aku tahu semua tu.Ramai yang tak suka aku sebab
perangai aku macam tu.tapi aku peduli apa.Memang aku macam tu..”
Mas tersenyum bahagia.
“Kau xnak kahwin ke.Nak jadi andartu.kalau perangai kau
macam ni.xde L suka boh..”
Haikal tersenyum nakal.
“eh aa..da..sapa kata
xde?’’
Mas mengiyakan.
“Aku “
Haikal mencelah.
“Ada lah..anak dato,Tan sri.Orang kaya-kaya suka taw
perempuan gedik macam aku..”
Mas mengangguk-angguk.
“Hahahahaha.Kau ni dasar boh..”
Haikal tergelak besar.
“Eh kenapa dari haritu kau panggil aku boh..?’’
Mas membaling batu kecil pada bahu Haikal.
“Bohsia..”
Haikal berkata selamba.
“Kau..jangan nak kuang Hajar ye..”
Mas memabaling lagi batu kecil.
“Apa kisah kau nak marah ke x.kau nak benci aku ke.aku tetap
nak panggil kau boh..boh..comel kan panggilan manja untuk kau tu..”
Haikal menjulingkan matanya pada Mas.
“Aku bukan bohsia la..”
Mas memukul peha Haikal.
“Memang bukan tapi pada aku kau bohsia.Kira untung taw aku
tak cakap kau bohsia.Aku panggil kau Boh je.hanya aku dank au je tau maksud
tu..”
Haikal bangun dari situ.
“kuang hajar..”
Mas bangun dari situ namun malangnya dia tergelincir dan
terjatuh dalam sungai. Haikal pantas terjun kedalam air untuk menolong wanita itu.
“Terima kasih..petang tadi kau selamatkan juga aku.Aku
ingatkan kau nak biarkan aku mati lemas je tadi”
Mas melabuhkan punggungnya sebelah Haikal.
“Walaupun aku ni bencikan kau.Tak tergamak hati kemanusiaan
aku ni biarkan kau mati tenggelam.Kang aku tak pasal-pasal kena bagi maklumat
kat polis.Buang masa pula dol..”
Haikal memetik gitarnya.
“Wei..nyanyi la.Walaupun aku benci kau.Aku suka dengar suara
kau..”
Mas menepuk2 bahu Haikal yang memetik gitar dalam keadaannya
yang sedang bosan.
“sebab aku benci kau juga..aku boleh nyanyikan kau lagu tapi
dengan satu syarat..”
Haikal menepuk-nepuk pula bahu Mas.
“Syarat apa..kau cakap je.Akan aku tunaikan..”
Mas tersenyum manis.
“G amik air masak segelas..”
Haikal tersenyum.
“Ok..aku g amik jap taw..”
“ok..”
Haikal mengangkat keningnya.
“Okay..nah..”
Mas melabuhkan punggungnya.
“Ada syarat lagi.Kau g amik minyak jap kat tepi tingkap kat
dalam.Aku nak sapu kat tengkuk pula..letih lah dukung kau petang tadi..’’
Haikal menyuruh mas lagi.
“Eh kau ni..pehal pula.kata tadi kata 1 syarat je.Xde kau
nyanyi gak.Aku xnak amik.”
Mas mengelengkan kepalannya.
“Kau nak aku nyanyi ke x..”
Haikal meletakkan gitarnya di sebelah dan memeluk tubuh.
“Bodohlah kau ni dari tadi kau suruh aku amik teruskan
senang.Ni nak menyusahkan aku jugak..”
Mas terus membebel.
“Nah ubat untuk kau..”
Mas meletakkan ubat sebelah Haikal.Haikal pula masih
berdiam.
“Kau nak apa lagi.nak aku sapukan ubat ni klat tenggkuk
kau?.Memey r..”
Mas mencubit bahu lelaki itu tiba-tiba terdiam apabila gitar
dipetik.
Malam itu setelah penat mengubah hantaran tapi keletihannya
terhibur dengan nyanyian Haikal.
Di hari pernikahan Azam dan Marsitah di masjid.Mas
berpakaian sopan.Berbaju kurung dan berselendang.Auratnya tertutup rapi.Haikal
tergamam ketika itu melihat penampilan Mas.
“kenapa kau pandang aku macam tu?’’
Mas melambai tangannya di depan mata Haikal.
“eh..xde apa.”
Haikal menggelengkan kepalanya.
Cantik juga mas ni..bisik hati Haikal.
“Meroyan kea pa la budak ni..”
Mas menggeleng dan melangkah kakinya ke dalam masjid.
Segalanya telah selesai.Keluarga azam berterima kasih kepada
Mas dan juga Haikal yang banyak membantu.Hari itu Mas meminta tolong Haikal
menghantarnya ke lapangan terbang.Haikal juga mahu menolongnya sehinggakan dia
sendiri mahu menghantar Mas di hadapan rumah.Sejak hari pernikahan Azam mereka berdua sering berbual berjumpa dan kini
menjadi semakin akrab.
“Haikal?’’
Mas mengaru kepalannya setelah melihat Haikal berada di
hadapan rumahnya.
“Mas jom g jalan-jalan ngan aku.Aku bosan dok umah.Dulu Azam
ada aku lepak ngan dia je.Sekarang dia dah berasmara ngan bini dia r.Jom r..”
Haikal bercakap melalui depan pagar rumah Mas.
“selambek kau jek.woi..aku bz la.kemas umh,tanam bunga.kau
suka suki je nk ajk aku kuar..’’
Mas membebel di hadapan rumahnya pagi-pagi buta.
‘’Ala..jom la boh.Jom la.Klu kau xnak aku masuk umah kau.Aku
panjat pagar ni.Baru kau tahu.”
Haikal tersenyum nakal.
“Eleh kalau kau berani,panjat r..nnt xpasal-pasal kena
tangkap basah.aku tinggal sorang je ni kat umah..”
Mas berkerutkan dahinya.
“Wah lagi best wat projek..nak panjatlah..”
Haikal memanjat pagar rumah Mas yang sedang berkunci.
“AA….”
Mas terjerit.
“Diam lah bodoh..kau jerit napa?’’
Haikal menutup mulut Mas.
“Kau masuk umah aku.Aku kena la berjaga-jaga.xkan aku nak
relakan kau rogol aku..”
Mas menolak tangan Haikal.
“Aku tak hingin rogol ayam katik macam kau.Aku masuk nak
paksa kau jom kuar ngan aku sekarang.kalau kau xnak aku masuk umah kau.Kau nak
kuar ngan aku ke.Kau nak kena tangkap Basah dengan aku?’’
Haikal memeluk tubuh sambil tersenyum nakal.
“Yela..kau kuar dulu.Aku nak salin baju..”
Mas melangkah masuk namun tangannya di pengang.
“Tak payah tukar baju.macam ni pun dah ok.T-shirt ngan skirt
panjang kau ni.Nanti kalau kau tukar baju seksi-seksi aku menyampah.Dok umah
pakaian kau sopan sikit ek.”
Haikal memandang Mas atas bawah.
“Kau giler.jatuh la wang hantaran aku taw tak..kalau aku
kuar berpakaian macam ni.aku nak la make up dulu,rambut aku ni nak wat
style.xnak aku kuar serabai macam kau.”
Mas menarik tangannya.
“Tak payah.Serius aku cakap.Baju t-shirt body ngan skirt
labuh ngan rambutkau lepas macam ni..ngan muka suci xpakai make up lgi Nampak
kau cantik semula jadi.Caya la cakap aku..”
Haikal tersenyum ikhlas kelihatan apabila memuji Mas.Mas
pula tersimpul malu dan mengambil beg tangannya sebentar.
Mereka berdua meluangkan masa bersama-sama.Hari itu la first
time penampilan Mas sangat simple dan keluar tanpa make up.Haikal benar-benar
suka melihat wajah Mas ketika itu.Hari demi hari Mas dan Haikal semakin
rapat.Walaupun selalu bertekak,bergurau ,bergado mnamun disebabka n itulah
mereka serasi.
Mas telah mengubah penampilannya.Mas yang dulunya seksi dan
bergaya kini berubah menjadi wanita yang pandai menutup auratnya.Perubahannya
semakin ari sedikit demi sedikit.Dia juga menjaga solat,menutup aurat dengan
bertudung,menjaga tingkah lakunya.Perbezaan perubahan terhadap dirinya
benar-benar membuatkan Haikal telah jatuh cinta terhadapnya.
Tanpa disedari mas tentang cinta Haikal membuatkan Haikal
sentiasa mencuri hati wanita itu.Wajah wanita itu sering terbayang dalam
fikiran.Suara manjanya membuatkan Haikal selalu menelefon wanita itu,Gedik
mengada-ngada mas la membuatkan dia menyinkirkan perasaan egonya jauh.Kemarahan
Mas membuatkan dia suka melihat kecomelan wanita itu.Penampilan wanita itu
simple membuatkan dia selesa untuk dipandang oleh matanya.Juah disudut hatinya
untuk jatuh cinta pada wanita itu.Namun kini sudah terperangkap oleh cinta.
Azam kini kembali dalam watak mengacau bilaukan percintaan Haikal yang
ingin di semainya terhadap Mas.Alangkah tergugatnya perhubungan Mas dan Haikal
yang semakin hamper untuk bersatu membuatkan Haikal berasa amat berbahaya
dengan kehadiran Solo Azam.Mas pula semakin rengang dengan Haikal dan kian
meluangkan masanya bersama Azam.
“Mas …awak nak tak jadi isteri saya?’
Azam mengeluarkan cincin dari koceknya.
“Azam..awk sedar tak
apa awk buat nii?.Bagaimana dengan Masitah?’’
Mas berkerutkan dahinya.
“Ah..saya benci perempuan itu.Kalau Mas nak tahu perempuan
itu luar Nampak sangat sopan,wanita solehah konon tapi dibelakang saya dia
melakukan perkara terkutuk.Berzina dengan orang lain Mas..”
Azam mengengam tangannya kuat.
“Astagfirullah Al Azim..betul ke ni Azam?’’
Mas terkejut dengan perkara yang menimpa sahabatnya.
“Betul Mas.Saya sudah mula menyanyanginya.tapi balasanya dia
telah hancurkan hati saya ni.hancur Mas..hancur.hanya Mas la yang dapat
selamatkan hati saya yang renyuk ni”
Azam memandang tepat kea rah mata Mas yang bercahaya.
“tapi Azam..Mas..”
Kata-kata mas telah di celah.
“Mas..tak cintakan saya?’’
Azam tersenyum tenang.
“tak mengapa Mas.Saya redha tapi tak pula saya berputus asa
nak dapatkan cinta awak.Jujur saya katakana..saya amat mencintai awak dari mula
kita berkenalan di sekolah lagi.Awaklah wanita yang saya tunggu sepanjang hidup
saya.walaupun dulu awak tak seperti sekarang…pandai menjaga aurat.sopan.”
Azam menundukkan kepalanya.Lamaranya tidak bebalas.
“Awak bagi saya peluang dulu.Saya yakin kalau kita ada
jodoh.Saya milik awak Azam tapi bukan sekarang..”
Mas beredar dari situ meninggalkan Azam dalam suasana tenag
malam itu.
Mas berbaju jubbah putih labuh
bercorak sulaman hitam serta berselendang hitam tertup rapi di
kepalanya.Wajahnya hanya mengenakan bedak powder dengan gincu merah jambu dan
matanya bercelak nipis.Penampilannya sekarang amat sederhana.Namun
kecantikannya lagi asli berbanding dahulu dengan kontac lens,dengan bulu mata
palsu,pemerah pipi dan macam-macam lagi.
“Mas aku nak cakap sikit ni dengan
kau..”
Mirsha melabuhkan punggungnya di
atas tilam empuk Mas yang bercadar merah jambu.
“cakaplah Mirsha..”
Mas tersenyum manis.
“Kau ni semenjak Azam bercerai
dengan isteri dia.Aku tengok kau asyik kerap je keluar ngan Azam.Kau ada
apa-apa ke ngan dia ?’’
Mirsha membuka sweaternya dan
hanya bersinglet sahaja.
“Taka da apa-apa la mirsha.Dia
perlukan teman untuk menemaninya dalam kekecewaan dengan isterinya.Aku kan
kawan dia.So kenalah berada dengan dia dalam kesedihannya.Itulah kawan”
Mas melabuhkan punggungnya di
sebelah Mirsha.
“uRM..aku asa Azam tu ada perasaan
dekat kau.”
Mas menundukkan kepalanya dan
hanya berdiam.Mirsha mengetahui dari gerak geri Mas ada menyembunyikan rahsia
darinya.
“Ya..misrsah.Dia mahu melamar
aku.,.”
Mirsha terkejut .
“Abis tu kau terima tak
lamarannya.”
Mirsha bertanya lembut.
“Aku tak tahu Mas.sejak dia
bercerai perangai dia sama seperti dulu.Lelaki yang sopan,hormat
wanita,berdakwah.Cuma hatinya kecewa oleh sikap isterinya yang berkelakuan
buruk di belaknagnya.Dia kecewa dan
ingin melamar aku untuk semangat baru dalam hidupnya.Dia mencintai aku sejak
mula-mula kami berkenalan.”
Mirsha mengurut bahu Mas.Dia tahu
Mas dalam kebuntuan menerima cinta lelaki itu.Lelaki yang menjdai impian dalam
setiap ciri-ciri wanita inginkan.
“Aku tahu perasaan kau bagaimana
mas.Kau buatlah keputusan dengan betul.Tapi kalau kau pilih Azam macam mana
dengan Haikal?’’
Mas terbeliakkan matanya apabila
nama Haikal terkeluar dari mulut Mas.
“Haikal..?’’
Mas bertanya kembali.
“Ya..kau tak sedar
sebenarnya.Haikal sebenarnya mencintai kau..”
Mirsha menganggukkan kepalannya.
“Macam mana kau tahu Mirsha..mengarut
je.’’
Mas mencebikkan bibirnya.
“Aku tahu Mas.Aku pernah terbaca
file folder dia dalam laptop kau.Kau ingat tak yang dia pinjam laptop kau.Ada
video maker tentang kau.Tapi waktu tu dia call kau.aku jawab.Dia kata jangan
bagitahu kau dan dia nak aku tolong dia buangkan Folder kau.Hari ini aku nak
bagitahu kau sebenarnya kau lah perempuan yang pertama dia jatuh cinta.”
Mirsah memberitahu Mas tentang
perkara itu.Kini Mas semakin buntu dengan masalah cinta Haikal.
“Kau memang perempuan suka mencuri
hati lelaki kan Mas..”
Linda mencelah.
“APa maksud kau ni Linda?’’
Mas bangun dan memegang bahu Linda
namun di tepis.
“Kau nak rampas Azam dari aku.Kau
bukan tak tahu dari dulu lagi aku sukakan Azam.Kau sengaja nak bagi azam suka
kat kau kan pastu nak biarkan hati dia terbiar dan menangung seksa dengan
menunggu cinta kau.’’
Linda berkata seperti kena rasuk.
“Astagfirullah al azim..Linda bawa
bersabar..”
Mirsa cuba memegang Linda.
“Linda..aku tak macam tu..”
Mas pula terduduk apabila Linda
menolak bahunya.
“Kau perempuan tak guna..berubah
jadi perempuan baik konon tapi hati busuk ..!’’
Linda keluar dari bilik dan
menghentak pintu biliknya.
Sejak dari situ mereka berdua
tidak bertegur.Keadaan jadi semakin kacau bilau.dengan cinta dan persahabatan
Mas. Sekarang.
“Mas..jom keluar ngan aku..”
Haikal berjumpa Mas di hadapan
pintu..rumah
“Kal..aku taka da mood lah.Maaf
aku tak dapat keluar ngan kau..”
Mas menutup pintu rumahnya.Haikal
membuaka pintu pagar dan menarik tangan mas agar dia tidak mengunci pintu
rumah.
“KAL..apa ni..”
Mas menarik tangannya.
“Kenapa dengan kau ni.Kau ada
masalah ke ni..”
Haikal bertanyakan soalan itu.
“xada apalah.dah lah aku nak
tidur.Selamat malam.”
Mas melangkah masuk namun tubuhnya
di peluk Haikal.
“Haikal..”
Png kena penampar di pipi Haikal.
“Aku cintakan kau Mas.Kenapa kau
berunbah dengan aku sekarang?’’
Haikal memegang tangan Mas tidak
lepas walaupun pipinya merah kesakitan.Mas tergamam..lelaki yang selama ini ego
kini melafazkan cinta terhadapnya.
“Apa kau merepek ni.Kau main-main
kan..”
Mas menolak bahu Haikal.
“Tidak.Aku jatuh cinta dengan
kau.Aku tahu kau juga mencintai aku Cuma aku tak pasti semenjak kehdiran Azam
sekarang hati kau semakin pudar terhadap aku.Adakah kau mencintai Azam Mas..”
Haikal tetap memegang tangan Mas.
“Kau ni..lepaslah..”
Mas menolak lagi bahu Haikal.
“katakana Mas.Katakan..!’’
Haikal meneking Mas.Mas membentak.
“Ye..memang aku cintakan Azam..bukan
kau.Kau tak pernah ada dalam hati aku.Aku buat-buat suka kat kau sebab sengaja
nak bagi kau menaruh harapan dengan aku..sebab kau memang lelaki ego yang patut
aku buat bergitu..”
Mas menolak kuat tangan Haikal
yang digengam.
“Sampai hati kau mas..macam ni kau
bals cinta aku Mas..”
Haikal menitiskan air matanya.Puas
dia menahan namun air matanya meleleh hanya seorang wanita.
Pertekaran mereka didengari oleh
Linda dan Mirsha.Linda menjeling kea rah Mas dan Mirsha hanya memandang wanita itu melangkahkan kaki naik
ke atas .Haikal beredar dari situ dan membawa kereta sangat laju.
Sejak dari itu Haikal tidak pernah
menelefon Mas dan dating kerumahnya mengajak Mas keluar bersama.Kehilangan
dirinya membuatkan hatinya tiba-tiba membara rindu terhadap lelaki itu.Keegoaan
lelaki itu goyah dengan tangisan malam itu membuatkan hati kecil Mas menangis
dengan kelakuannya.
Dia berkelakuan begitu kerana
banyak masalah yang menimpa dirinya dan kini hatinya tenang apabila dia
sentiasa berdoa dan mengaji.Itu sahaja yang dilakukan setiap hari tanpa
meluangkan masa dengan sesiapa lagi.
Azam ,Haikal,Linda dan Mirsha juga
kini semakin renggang dengan Mas kerana wanita itu semakin bersikap pendiam dan
tidak seperti dahulu periang.
Namun dengan itu Mas berasa dia
amat memerlukan kawa-kawannya semua dalam kehidupannya.Dia memasang semangat
untuk memberikan semula keceriangan dalam rumah itu namun masalahnya dengan
Azam dan haikal membuatkan hatinya sayu.Dia sendiri tidak mengerti mana satu
cintanya.
“Which one love?.Which one cinta?.Which
one Love?.which one cinta?’’
Mas menguling-gulingkan bola kecil
dia atas perutnya sambil berkata sorang-sorang di dalam billiknya.
Mas mencapai buku-buku yang
berkenaan tentang agama.Sucinya islam.Akhlak pribadi manusia?.Buku-buku itu
membuatkan hatinya tenang dan membuatkan hatinya lebih mengenali
islam.Tiba-tiba terlintas di kotak fikirannya tentang Umrah.
“Umrah..”
Itulah yang terkeluar dari
mulutnya.
“cinta terhadap Allah..mendekati
diri dengan Allah.Aku mahu pijakkan kaki ku ke Umrah..”
Mas tersenyum.Dia tidak memikirkan
lagi cinta terhadap manusia dan fikirannya hanya ingin lagi mendekatkan diri
terhadap Allah dan mengenali islam lebih mendalam.
Mas ingin berangkat ke lapangan
terbang.Tiada seorang pun yang ingin menghantarnya kelapangan terbang.Namun
hatinya tersenyum dan tidak sabar untuk melihat kota suci.
Langkah demi langkah kakinya
terhenti.Namanya di panggil berulang kali.
“Mas..mas..”
Suaranya di panggil.Mas menoleh
kebelakang.
“Ya Allah..”
Mas menutup mulutnya.
“Mas.. tunggu kami..”
Haikal,Azam,Linda dan Mirsha
berlari menuju kea rah Mas yang ingin berangkat.
“korang semua kenapa berlari
ni.relaks r belum sekarang aku nak pergi..lagi 20 minit lagi..”
Mas tersenyum manakala Linda terus
memeluk mas.
“Aku mintak maaf Mas..aku banyak
buat salah dengan kau..”
linda mengalirkan air matanya.Mas juga begitu.
‘’tak mengapa Linda..lupakan semua
itu.Aku dah lama maafkan kawan-kawan aku.”
Mas tergelak.Yang lain kelihatan
sayu dengan pemergian MAS,.
“Azam..saya mintak maaf tak dapat
terima lamaran awak.Pintu hatiku tak terbuka untuk cinta awak tapi untuk
umrah..”
Mas mengalirkan air matanya sambil
tersenyum manis.
“Tak mengapa.Syukur
Alhamdulillah.suci betul hati awak mas.’’
Azam redha dengan keputusan
Mas.Wanita itu benar-benar Berjaya mengubah dirinya.bangga dia terhadap
sahabatnya.
“Haikal..kau lah kawan aku yang
paling baik sebenarnya.walaupun ko kata aku boh tapi hari ini aku buktikan aku
bukan boh..”
Mas memandang tepat ke mata Mas.
“Mas..aku mintak maaf.kalau aku
tak cakap kau boh mesti kau tak tinggalkan kami.”
Haikal menundukkan kepalannya.
“jangan cakap macam tu.Aku pergi
ni bukan untuk buktikan apa-apa aku pergi kerana hati aku nak berpijak ke
umrah…”
“Boh tu apa?’’
Mirsha mencelah.
“Hahaha..”
Haikal dan Mas tergelak .
“Adalah..kami berdua je tahu.”
Mas dan Haikal cakap
serentak.Mirsha mencebikkan bibirnya seperti biaasa habitatnya.
“Ok la..mirsha aku nak mintak maaf
kat kau..”
Mas dan Mirsha berpelukan dan
Linda juga memeluk mereka berdua dari belakang.3 sekawan itu berpelukkan.
Telah tiba lapangan terbang yang
dinaiki Mas akan berlepas.Mereka berempat melambai Mas dengan air mata.Mas pula
melambai dengan kesenyuman.Tenang wajahnya kelihatan.
Jodoh mas bertemu di tanah
suci.Selepas mengerjakan umrah berpijaknya kaki ke Malaysia Mas telah dilamar
oleh seorang lelaki yang Berjaya menambat hatinya.Dia menerima lamaran itu
selepas mengerjakanibadah dan akhirnya Azam dan Linda berkahwin dan bahagia
sekarang.Mirsha pula sama seperti dahulu seksi,mengoda tapi dia dah berkahwin
denga dato berumur 70tahun dan secara terusnya dia menjadi datin Misha Wardah
binti Hassan. Haikal?.Haikal pula kini masih solo dan cuba memikat seorang
gadis seksi seperti aku dulu.Kini kisah kami sudah tamat.