Isnin, 12 Disember 2011

kesinambungan cerita berdua bersatu.Aku harap korang enjoy walaupun hasilku belum cukup sempurna...


 EPILOG 2


Hari demi hari aku lalui kehidupan dengan membesarkan Nur Faizah Syazwani  yang berusia 7tahun dengan kehidupan yang sangat bahagia walaupun dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin.Namun rezeki yang datang dari hasil dari kerja jual ayam di pasar-pasar pagi dan juga pasar malam  serta kerja sambilan yang Faizal lakukan iaitu membawa lori. Kadang-kadang ke sebelah utara seperti kedah. Pendapatan itu masih tidak mencukupi buat kami  lalu aku cuba  membantu Faizal dengan membuat kek dirumah.  Aku pernah bersuarakan pada suamiku untuk mencari kerja di luar bagi menolong sedikit sebanyak untuk keluarga  namun dia tidak setuju kerana baginya aku perlu membesarkan Nur Faizah Syazwani sepenuh masa dirumah kerana Faizal takut akan kes-kes dera dan kehilangan yang banyak berlaku sekarang.  Dia juga takut kasih sayang dan perhatian terhadap anak tidak terjaga kelak.

"Mama...''Nur Syazwani memanggil aku didapur.

"Ya sayang..kenapa tak tidur lagi" Aku mengusap lembut rambut anakku.Kelihatan matanya sudah berat tetapi masih menahan mata dari tidur.

"Papa mana mama..Nak papa..nak papa.." Nur Syazwani menjerit-jerit dan menangis.Menunggu papanya pulang.

"Kejap lagi papa balik sayang..papa ada kerja.Mari mama temankan..tidur.  Sekarang dah pukul 11malam sayang.Esok nak pergi sekolahkan.."Aku menarik perlahan tangan anakku perlahan.

"Xnak..nak papa.nak papa..rindu dekat papa.."Dia akan menjerit dan menangis apabila menunggu papa tidak menemaninya tidur setiap malam.Aku cepat-cepat memeluk anakku dan mencium dahinya.Dia juga membalas perlukan.Aku cuba untuk memujuk sehinggala tangisannya tidak lagi kedengaran.

Jam menunjukkan pukul 12.Nur Faizah Syazwani telah tertidur di bangku ku.Aku mecium-cium dahinya.Manja betul dengan papanya mana tidaknya tiap-tiap petang akan dibawanya ke taman permainan walaupun penat bekerja.Tiap-tiap hari kalau tidak ada orang yang telefon untuk bawa lori waktu malam papanya juga akan meluangkan masa bersama anak kecil itu.Aku pula sibuk membuat kek untuk dijual didapur namun kasih sayang yang aku limpahkan tidak pernah terjejas. Kelengkapan suami dan anaku sentiasa terjaga.

Aku memandang jam di dinding Hatiku mula gelisah tatkala jam menunjukkan pukul 2.Suamiku masih tidak pulang.Aku mengangkat perlahan kepala anaku dia dari bangku ku dan di letakkan di atas bangku kecil.Aku cuba menelefon suamiku namun hanya suara perempuan inggeris yang menjawab."This is the voice massage".Hish menyampah betul aku.Aku kehulur kehilir.Teramatlah bimbang.Selalunya suamiku aku akan menelefon dan memberi tahu jika dia terpaksa pulang lewat.Aku melabuhkan punggungku di sofa yang tidak berapa nak empuk.Lalu aku tertidur.

Aku tersedar dari tidur dan tiba-tiba hinggap kucupan mesra didahiku.Suamiku sedang mencium dahiku.Aku tersenyum dan memandang matanya lalu dia juga memandang mataku.
"Abang..balik lambat semalam?"Aku perlahan berkata.

"Maafkan abang sayang.Telefon abang semalam bateri mati.Tidak sempat nak bagitahu yunk.Maafkan abang.." Faizal meramas-ramas tanganku.  Aku mencebikkan bibir. Merajuk!

"Abang buat sayang bimbang je.Tertunggu-tunggu taw.."  Aku cuba membuat suaraku menjadi lebih manja.

"Ala ala..bucuk2 abg ni..jgn merajuk sayang.Nanti abang akan pastikan telefon bimbit abang penuh bateri.Abang xbuat lagi macam tu lagi.Lepas ni walau apapun terjadi abang xakan buat sayang tertunggu-tunggu.Bimbang."  Faizal memeluk tubuhku erat.

"Rindunya kat sayang.." Aku lemah dengan kata-katanya itu lalu terus mencium tangan suamiku dan membalas perlukannya.

"Abang macam mana sayang boleh tertidur atas katil beserta selimut ni.?''Aku berkerukan dahi.Pelik.

''Abang la yang angkat sayang tadi.Berat juga sayang ni.Lenguh tangan abang.." Faizal mengurut-urut tangannya.Aku pula membeliakkan mataku.

"Apa..abang angkat sayang dari ruang tamu kesini.wah...sweetnya.Tapi dekat je.Tak sakit mana pun tangan abang tu." Aku tergelak jahat.

"Apa..sayang kata tak lenguh.Abang penat-penat balik angkat sayang dengan anak taw.Letak tempat tidur masaing-masing.Tu la ada tempat tidur..tak nak tidur tempat sendiri." Faizal menjuihkan lidahnya pada aku.Aku pula terus mencubit-cubit badannya.Geram dengan gurauannya.

"Dah sayang..cukup-cukup..sakit abg taw.Xkesian ke kat abang.Jom solat. subuh.Dah azan yunk..Dari balik tadi abang tak tidur taw..tunggu azan subuh terus." Aku terus mengikut perintah suamiku dan mengambil wuduk menunaikan solat subuh besamanya.


Malam menyambut kemerdekaan yang ke 56.Kami sekeluarga berada di bukit ampang yang boleh melihat mercun yang di lepaskan. Nur Faizah Syazwani di letakkan di atas bahu suamiku manakala aku memeluk  erat tangannya. Kami gembira melihat mercun yang bewarna warni. Kelihatan anakku sangatlah gembira dan dia tidak langung merengek semasa  di bawa jalan-jalan malam itu. Selepas sahaja melihat bunga api.Aku dan suami ingin singgah ke kedai makan.Keadaan sesak sangat.Nasiblah kami menaiki motor. Terlepas dari kesesakan lalulintas.

“Abang…abang nak makan apa ni..” tanyaku kepadanya.

"Abang nak..nak..makan sayang" Faizal tersenyum nakal. Tangan aku pantas mencubit bahunya.

"Padan muka.Abang ni jangan main2 boleh x." Aku membuat muka masam.

“OK2..saya nak nasi goreng cili padi je dengan fresh oren.macam biasa”

"Nasi goreng cili padi dua.nasi goring kampung 1.Fresh oren 1 ,horlic 1 dengan neslo ais 1.." Aku memberi tempahan pada pelayan tersebut.

“Mama..lepas ni kita nak pergi mana?’’ Anakku mengoyangkan tanganku dan menujukan soalan itu.

“Nur..tanya papa ye sayang sebab papa yang bawa kita..naik motor.Kita kena Tanya papa dulu..” Aku menguntumkan senyuman dan memandang gelagat si kecil itu.

“Papa lepas ni kita nak g mana?’’ Nur Faizah Syazwani mengoyangkan pula tangan Faizal  yang juga menumpukan pandang terhadap anaknya.

“Kita terbang-terbang sampai ke bintang nak?’’ Faizal menunjukkan jarinya ke atas dada langit. Aku pula tergelak kecil.

“Yeke papa.Kita terbang pakai apa?’’ Nur Faizah percaya bula-bulat loyar buruk papanya.

“Kita terbang pakai tikar doremon sayang..”Aku mengusap pipi tembam sikecil.

“Betul ke papa.mama.Wah seronoknya,jom-jom..” Nur Faizah Syazwani menarik tanganku dan tangan papanya.Aku terkejut bahawa dia benar-benar percaya kata kami berdua dan beriya-iya mengajak menaiki tikar doremon sedangkan benda itu tidak wujud.

“Sayang..kita makan dulu ye.” Faizal mengucup perlahan ke pipi tembam si kecil.Lalu aku memeluknya dengan memegang jari-jemarinya.

“Tapi Nur nak naik tikat doremon.Nak terbang tinggi-tinggi..”
Hatiku bimbang jika malam itu Nur Syazwani akan menjerit-jerit dan meragam di restoran malam itu gara-gara loyar buruk kami berdua.Aku dan Faizal memandang sesame sendiri dan menjamu selera.

Nur  Syazwani tertidur lepas makan malam itu di atas motor.Sampai je dirumah.Anak kecil itu di di baringkan diatas katilnya di bilik sebelah kami.Aku dan Faizal berborak seketika sebelum melenakan diri di buai mimpi.
“Nasib tadi anak kita tak meragam.Kita tipu dia pasal tikar doremon tu.”
Aku menyikat rambut panjangku sambil memandang suami ku.

“Yela.Abang pun risau juga tadi.Tak sangka pula dia betul-betul beriya macam tu sekali”Faizal membaringkan badannya dia atas tilam sambil mengambil selimut di kakinya.

Kedengaran pintu diketuk tanpa kedengaran suara. Siapakah disana yang sedang mengetuk pintu. Mustahil Nur Faizah Syazwani terjaga dari tidurnya. Tidak pernah sama sekali anakku terjaga setelah tertidur. Nak kata hantu pun mustahil. Semenjak kahwin tidak pernah pula kami anak beranak diganggu jembalang tanah ke,kum-kum ke,hantu susu ke ataupun pocong.

Faizal bangun dari katil perlahan-lahan dan membuka pintu lantas dia dipeluk.Nur Faizah Syazwani.Si kecil itu yang mengetuk pintu.

“Papa..mama ..nak naik tikar doremon..” Nur Faizah Syazwani menangis tersedu sedan.

“Ya Allah sayang..maafkan papa dengan mama.Tadi tu semua tidak betul.Papa gan mama main2 je tadi sayang..” Faizal memeluk erat anak kecil itu.Aku dan Faizal dihimpip rasa bersalah.
“Mama gan papa jahat..” Sikecil menumbuk-numbuk bahu papanya.Aku  pantas berlari mendapatkan anak itu.

“Sayang..jangan nangis.Mari tidur sayang..” Aku cuba memujuk

“Nak tikar doremon..nak tikar doremon..” Nur Syazwani menghentak-hentakkan  kakinya dan menangis beriya-iya.

“Okay. anak papa ni tidur dulu esok papa janji belikan tikar untuk sayang..Xkirala..tikar apa-apa.Asalkan tikar.Nanti kita main sama-sama.Papa yang angkat tikar gan nur terbang..” Faizal Berjaya membuatkan Anak kami kembali tenang.Namun permintaannya malam itu ingin tidur bersama kami berdua. Sikecil diletakkan ditengah-tengah antara aku dan faizal.Malam itu tidur dengan lena dan tenang.


Keesokan hari tugasan aku mengantar Nur Syazwani ke sekolah.Baru sahaja aku ingin membuka tinggkap rumah tiba-tiba  Faizal pulang kerumah pada pukul 7 pagi.Sepatutnya waktu ini di sudah berada di pasar.

“Abang kenapa pulang mengejut ni..?’’ Aku menujukan soalan itu padanya.

“Abang terlupa cium Nur sayang.Mana Nur sayang?’’Matanya liar memandang sekeliling.

“Macam mana boleh lupa..tadi semalaman dia tidur gan kita.Cium pun abang boleh terlupa.Cium sayang abang ingat pula tadi.” Aku cuba mengusik suami ku dalam kepenatan menaiki tangga 4tingkat.

“Nur mana sayang?’’ Faizal serius tidak tersenyum.

“Nur  dalam bilik tengah tidur.Puas sayang kejut tapi dia susah pula nak
bangun hari ni..” Aku mengikut suami ke dalam bilik.Dia terus mencium-cium sikecil itu.

“Nur bangun sayang pergi sekolah..” Faizal mengocang-goncang badan sikecil dengan perlahan.

“xnak..xnak..Nur xnak pergi sekolah.” Nur Syazwani masih berdegil.

“Agaknya dia tidak sihat kot.. sayang.Tak usah la.Biar dia berehat di rumah je.” Faizal memberi cadangan namun aku tetap mahu Nur Faizah pergi ke sekolah.Sedegil mana dia.Sekeras hati juga aku ingin berlembut agar dia berehat dirumah.

“Xboleh abg.Dia kena pergi sekolah.Peperiksaan dah nak hampir berapa hari je..” Aku menegakkan juga kata-kataku.
“Urm..baikla sayang” Faizal menundukkan wajahnya dan mengoncangkan lagi badan sikecil.Akhirnya Si kecil bangun dan setelah sarapan Faizal sendiri yang menghantar Nur Faizah ke sekolah.


Ketika tengah hari sudah tiba tugasku mengambil Nur Syazwani pulang kerumah tapi hari itu banyak tempahan kek.Lalu aku terlupa betul menjemput Nur Syazwani pulang kerumah.Aku khusyuk dengan membakar kek di dapur. Astagfirullah jam sudah pukul 1.40.Nur Syazwani di sekolah.Aku cepat-cepat menutup semua suiz dan bergegas ke sekolah.Sampai kesekolah Nur Syazwani tidak kelihatan di tembok depan pagar sekolah.Aku semakin gementar melilau mataku mencari dia.Aku ternampak  orang-orang berkerumun di jalan raya.Dari celah-celah keruman orang itu aku ternampak beg warna merah ada gambar doremon.Botol air kuning. Semua itu kepunyaan anakku.Aku menyelit-yelit lantas jantungku bagaikan nak gugur,badanku pula bagaikan nak tumbang apabila melihat darah yang banyak keluar dari kepala Nur Syazwani.Aku terus memeluk erat tubuhnya dan menjerit-jerit memanggil namanya.Namun dia masih tidak menjawab.Tangannya lembik dan nadinya tidak lagi berdenyut.Aku pengsan disitu juga.


bersambung....nntkan kemunculan seterusnya ya:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan