epilog terakhir.....
Aku cuba tabahkan hati dan berdoa agar aku dapat teruskan
kehidupanku dengan sempurna walaupun dugaan datang menguji.
Aku cuba menenangkan hati,mengosongkan fikiran dan menyempurnakan
jiwaku agar aku tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya aku
lakukan seperti menyihir,membunuh diri ataupun disebaliknya.
Dikesempatan aku bercuti beberapa hari aku mengambil
keputusan meluangkan masaku untuk menziarahi kubur anakku Nur Syazwani
yang berdekatan dengan perkuburan Mak,Abah dan adik aku disana agar aku dapat membersihkan
perkuburan dan bersedekah kepada arwah.
“Faizal?’’
Mengapa wajah itu yang aku terserempak di perkuburan ini.Hatiku
bersuara tetapi mengapa dia memakai kerusi roda?.Siapakah wanita berbaju kurung
itu?.
“Assalamualaikum..”
Aku menyapa mereka berdua dengan memberi salam.
“Waalaikumussalam..”
Wanita yang berbaju kurung itu membalas salamku dan
tersenyum manis.
“Dari mana ni?’’
Aku bertanyakan soalan itu namun Faizal memanggil wanita itu
Fathia.
Fathia?Adakah dia yang bakal menjadi isteri Faizal nanti.
“Maaf saya pergi dulu..”
Wanita itu sopan, cantik dan sangat manis senyumannya.
Patutlah dia menjadi pilihan Faizal namun hatiku
sayu.Cemburu menghantui.Aku menitiskan air mata sewaktu berada dikubur
anakku.Hiba terasa melihat keadaan
Faizal menggunakan kerusi roda.Aku isterinya sepatutnya aku yang menjaganya
ketika dia sedang sakit.
Di pagi yang sejuk dengan burung-burung berkicauan di udara,Aku pula meneguk secawan nescafe
panas dan mengisi perutku dengan
sandwich.Aku mendaratkan pandanganku di keliling pemandagan kawasan
rumahku.Dulu aku hanya tinggal dirumah flat dan sekarang pula aku sudah diberi
rezeki melimpah ruah sehinggakan aku dapat membeli sebuah villa.Namun aku masih
tidak bahagia dengan kemewahan.Aku masih dahagakan kasih sayang dari insan yang
aku cintai dari suamiku.
Deringan telefon bimbit berbunyi.Aku menekan butang
hijau.Nombor yang tentera tidak ku kenali.
“Hello..assalamualaikum..Kau sarah bukan”
Kedengaraan suara itu macam aku kenal.Tetapi aku tidak pasti
siapa gerangan yang sedang bercakap disana.
“waalaikumussalam..ye saya Sarah.Siapa disana?’’
Aku menujukan soalan terhadap pemanggil itu.
“Aku ..Ibu Faizal”
Wanita itu bersuara tegas.Namun aku tetap merendahkan suara.
“Ibu..ibu apa khabar?’’
Aku bertanyakan khabarnya.Adakah dia sedang sihat.
“Ini bukan masa nak betanyakan khabar.Ada ke selama ni kau Tanya
khabar.Aku telefon kau ni nak datang rumah kau.Dimana kau duduk sekarang.Rumah
flat lama tu lagi ke?’’
Ibu mertuaku mahu datang rumah aku.Wah gembira tidak
terkata.Sudi juga dia menjejakkan kakinya dirumah ku.
“Ibu nak datang.Bila bu.Xsabar saya nak jumpa ibu..”
Aku bersuara riang.
“Kau jangan nak angan-angan aku datang bawa Faizal untuk
terima kau.Aku datang bawa Faizal sebab nak minta tandatangan
penceraian.Kau faham”
“Ibu…sampai hati ibu buat saya macam ni.Bertahun-tahun-tahun
saya tunggu Faizal.Ibu kalau dia nak kahwin pun.Kahwin la tapi tolong jangan
ceraikan saya ibu..”
Aku bersuara agak geram dan tidak mahu diperlakukan seperti
orang bodoh mengikut sahaja apa yang disuruh.
“Kau jangan nak berdolak dalih.Aku akan pastikan korang
berdua bercerai…sejak dari dulu lagi aku mahukan ini terjadi.Namun segalanya
gagal .Faizal masih berdegil melepaskan kau yg pembawa malang“
Aku tidak mengerti kata-kata ibu mentua ku.Gagal.Siapakah
yang mengagalkan rancangannya.
“Ibu dengar sini.Saya janji pada diri saya sekiranya
berlakunya penceraian antara kami berdua.Saya tidak akan memafkan ibu..Saya
akan sms alamat rumah saya dan perancangan ibu tetap akan gagal.Saya yakin
bahaawa cinta Abang Faizal masih mekar terhadap saya ibu.Tiada siapa boleh
pisahkan kami selain pemisahan mati”
Aku cuba berkeras.Namun air mataku mengalir lagi.Talian
dimatikan begitu sahaja dan aku terus memberi pesanan ringkas alamat
rumahku.Aku bersyukur bahawa Faizal tidak sanggup menceraikan aku dan aku
semakin mengerti bahawa Faizal masih mencintaiku.Kalu tidak sudah lama dia
ceraikan aku.Mungkin dia terpaksa kali ini dan ini semua adalah rancangan ibu
mentua ku.
Hari yang ku nantikan telah tiba.Kedatangan ibu mentuaku
sudah tiba.Kelihatan ibu mentuaku dan seorang gadis yang aku pernah terserempak
di tanah perkuburan tapi dimanakah abang
Faizal.Mungkin dia tetap berdegil tidak mahu penceraian ini dilakukan.
“Hari ini hari terakhir kau bergelar sebagai isteri Faizal.Kau
tunggu sahaja lafaz dari dia.”
Ibu mentuaku bercakap tanpa memandang ke arahku.
“Mana abang Faizal?’’
Aku bertanyakan soalan itu.Sambil mataku merayau-rayau
memandang diluar.Aku betul-betul yakin bahawa Faizal tidak akan melafazkan
cerai.
“Katanya tadi dia ada urusan dengan pak hassan sekejap.Jadinya
aku kemari dulu”
Ibu mentuaku mencekakkan pinggang sambil berdiri didepan
pintu.
Beberapa minit kemudian Faizal masih tidak kelihatan.
“Fathia..mana Faizal.Tadi dia kata sebentar lagi bukan dia
sampai.Mana dia.Cuba telefon dimana dia berada..”
Ibu mertua ku kelihatan risau.Aku pula berasa lega.Aku harapkan
Faizal tidak datang dan lafazkan cerai namun dia datang bawa kebahagian.
“panggilan tidak berjawab..”
Fathia cuba menelefon berkali-kali namun panggilan tidak
berjawab
Kelihatan 2 biji kereta menuju masuk dihalaman rumah.Kereta
vios itu milik nadia manakala kereta perdana milik Faizal yang dipandu oleh pak
Hassan.pemandu ibu mentuaku.Faizal di keluarkan dari kereta beserta kereta
roda.Hairie dan pak Hassan menolongnya duduk dikerusi roda.
“Faizal.Kenapa lambat sangat.”
Ibu mentuaku bersuara tinggi.Penghawa dingin tidak cukup
agaknya menyejukkan badannya.
“Ni siapa mereka berdua ni pula kau bawa?.”
Ibu mentuaku tertanya dengan kehadiran Nadia dan Hairie.
“Faizal..lekas lafazkan cerai terhadap perempuan tak guna
ni..”
Ibu mentuaku cepat-cepat mengambil dokumen penceraian.Agar
mudah ditandatangai selepas lafaz cerai.
“Tidak ibu..Saya tidak mahu ceraikan Isteri saya.Saya mahu
bersatu dengannya ibu”
Alangkah bahagianya Faizal berkata begitu lalu aku terus
memeluk dia.Suamiku yang kutunggu-tunggu.Tidak sia-sia selama ini aku berharap.
“Ibu nak tahu mereka berdua inilah yang menyedarkan saya ke
atas segala dosa-dosa yang saya lakukan terhadap isteri saya dan dia bukan
pembawa malang ibu.Semua yang terjadi adalah takdir..”
Faizal menjelaskan pada ibunya.Aku pula berdiri dan
memengang bahu Faizal.
“Selama ini Faizal dengar segala tuduhan ibu terhadapnya. Ibu
kata dia semakin kaya, semakin sombong dengan ibu.Ibu fitnah dia berfoya-foya
dengan lelaki lain tapi saya xpercaya dan saya masih tidak boleh menceraikan
dia seperti mana ibu sedaya upaya menghasut saya .Saya tidak nampak depan mata
kepala sebab tu saya yakin kesetiaan sarah. Waktu jarinya berdarah mencari saya
dirumah, ibu beri saya pilihan sama ada memilih ibu atau Sarah .Saya pilih ibu tapi
saya tak pernah terlintas untuk menceraikan Sarah. Saya sayang kan Sarah mcm mana saya sayangkan
anak saya. Sebab tu selepas saya dapat tahu tentang kematian Nur syazwani, saya
hilang kewarasan menuduh Sarah punca semuanya. Saya hilang pertimbangan,saya
lupa akan hatinya yang turut sedih atas kematian anak kami. Saya lupa takdir
Allah hingga saya sanggup mengiyakan kata Ibu yang Sarah membawa malang dalam
hidup saya. Ibu…saya lumpur seumur hidup ni pun akibat kemalangan yang terjadi
angkara saya curi-curi memandu dari ibu untuk melihat Sarah dari jauh selepas
saya sedar kesilapan saya. Ya..saya mengaku..saya masih mengikuti rutin
hariannya..sebab saya terlalu merinduinya namun untuk berjumpa dengannya saya
amat malu.Hari ini saya ingin merayu padanya agar pintu hatinya masih ada ruang
untuk saya..”
Faizal memegang erat tangan ku.hiba aku rasakan.Kemalangan
itu terjadi punca Faizal mahu berjumpa denganku.Aku menitiskan air mata.Kuat
juga cintanya padaku.
“Abang 5tahun sarah tunggu abang.Berdoa agar kita disatukan
dan hari ini termakbul.Abang sentiasa ada di dalam hati Sarah.Hanya abang..”
Aku mencium tangan suamiku.
“Apa ni semua.Faizal.Kau jangan nak menderhaka.Kau ceraikan
dia sekarang jugak..”
Ibu mentuaku masih berdegil.Fathia pula cuba menenangkan ibu
ku.
“Makcik…sudahla makcik.Tidak baik memisahkan isan yang tidak
berdosa.”
Fathia bersuara.
“Sayapun sedih setelah dengar cerita yang abang Faizal katakana
ini.Sampai hati makcik memusnahkan kebahagian sendiri.Saya tahu tujuan makcik
nak jodohkan saya dengan Faizal sebab kepentingan makcik sendiri.Agar syarikat
makcik terselamat dari mufliskan.Papa saya pun tidak akan setuju saya bernikah
dengan abang Faizal setelah saya cerita segalanya apa yang makcik lakukan pada
anak sendiri.Ini semua dusta makcik.Biarlah mereka bersatu.Saya pun sebenranya
terpaksa memenuhi pemintaan papa tapi
saya yakin papa juga akan membatalkan perkahwinan kami.”
Fathia menyalam aku dan Nadia.Dia beredar dari situ dan Ibu
mentuaku terduduk di lantai menangis.
“saya mintak maaf ibu.mula-mula saya kahwin dengan Sarah ibu
benarkan tapi ibu suruh pilih harta atau sarah.Tapi saya tetap pilih sarah
walaupun saya kena berdikari sendiri..’’
Faizal bersuara lagi samboil menitiskan air mata.Faizal
bangun dari kerusi roda dan dia sendiri terhjatuh di atas lantai .Waktu itu
Faizal tidak benarkan sesiapa menolongnya mengesot-esot pergi ke ibu.Aku pula
menangis dan cuba-cuba untuk menolong.
Aku juga hiba membuat dua beranak bertengkar disebabkan aku.Ini
semua terjadi sebab aku.Aku yang bersalah.
“Ibu…ibu..”
Faizal memanggil ibunya.Namun ibunya masih menangis
menunndukkan kepalanya kelantai.
“Ibu maafkan Faizal.Faizal bukan nak menderhaka terhadap
ibu.Tapi ini soal hati dan kebahagiaan Faizal.Faizal mahukan sarah lagi.Faizal
tidak sanggup hidup tanpanya..”
Faizal memeluk ibuya.
“Tidak Faizal.Ibu yang bersalah ..maafkan ibu..”
Mereka berbalas perlukan dan ciuman.Aku dan Nadia hanya mampu menangis melihat
mereka.Adakah ibu mentuaku akan memaafkan aku setelah aku bersuara tinggi tadi.
“Ibu…maafkan sarah.Sarah tidak berniat meninggikan suara
tadi ibu..”
Aku tergamam setelah aku dipeluk ibu mentuaku.Alangkah
bahagianya.
Nadia dan Hairie menguntumkan senyuman.
Semua telah terjawab.Hidupku sinar kembali dan bahagia
sangat bagaikan pengantin baru yang baru dinikahkan walaupun Faizal lumpuh
seumur hidup. Namun kata-kata itu hanya diberitahu oleh doctor namun dengan
kuasa tuhan Faizal sembuh dan boleh berjaln seperti biasa.Rumah tangga kami
disinari dengan kelahiran anak lelaki kembar yang di namakan Muhammad fakrul dan Muhammad fakri.Sungguh
ceria rumahku sekarang dengan gelak tawa mereka dan kedatangan Wardah anak
kepada nadia dan hairie memeriahkan lagi suasana rumahku namun dalam keriangan
ini aku dan Faizal tidak pernah melupakan arwah.Kami sentiasa akan menziarahi
kubur mereka.Semoga mereka ditempatkan digolongan orang-orang beriman.Amin.
Disini hasil nukilan ku sudah tamat.Ucapan terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa membaca cerita berdua bersatu dan saya harapkan ulasan dari anda untuk memperbaiki hasil penulisan ku.Sekian terima kasih.
crita mmg sdh..
BalasPadamtp aku xblh ngs xthu knpe maybe perlu lg ayt romantik...
hahaha.....
anyway mmg bez,,
blh jdi pengarang...
thazzz,,,,